BTC USD 76,597.9 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Penyertaan penerjun wanita Muslim dihantar tanpa kebenaran

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,655
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,655
Reaction score
6,552
Points
881
Awards
1
'Penyertaan penerjun wanita Muslim dihantar tanpa kebenaran'

26 Ogos 2024 10:09amMasa membaca: 3 minit
Hishamuddin
PENYERTAAN atlet terjun wanita beragama Islam pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 dihantar oleh Persatuan Renang Amatur Terengganu tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Karim berkata, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengesahkan penyertaan atlet terjun wanita Muslim itu telah dihantar oleh persatuan berkenaan di bawah perbelanjaan sendiri dengan memohon kuota Terengganu.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Terengganu berpendirian tidak membenarkan atlet beragama Islam untuk mewakili negeri dalam sukan tersebut kerana ia tidak mematuhi kod etika yang telah ditetapkan meskipun atlet berkenaan bukan berasal dari Terengganu.

"Pada dasarnya, kami tetap berpegang kepada kod etika berpakaian atlet Muslim ketika bersukan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri sebelum ini.

"Malangnya, terdapat penyertaan atlet terjun wanita kontinjen Sukma Terengganu yang turut menyertai sama dan berada di luar pengetahuan pihak saya.

"Penyertaan atlet berkenaan dalam acara tersebut tidak berada dalam pengetahuan saya selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri dan saya sangat terkejut dengan laporan pihak lain tentang penyertaan tersebut pada hari kejadian serta amat berdukacita dengan berlakunya penyertaan ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan berkenaan penyertaan dua atlet wanita Muslim yang mewakili Terengganu dalam sukan terjun pada Sukma 2024 meskipun sebelum ini penyertaan atlet gimnastik wanita muslim dihalang atas alasan pemakaian tidak patuh syariah.

Susulan itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Wan Hasbi Wan Ahmad menyifatkan kerajaan negeri gagal menonjolkan atlet Muslim patuh syariah walaupun sering menguar-uarkan aspek tersebut termasuk menyekat penyertaan atlet gimnastik wanita ke Sukma.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, Persatuan Renang Amatur Terengganu juga telah melakukan kunjungan hormat kepada dirinya pada 5 Jun lepas untuk memohon pelepasan tersebut.

Menurutnya, ketika itu beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak dapat membenarkan sama sekali penyertaan tersebut kerana ia bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan meskipun ia melibatkan atlet bergama Islam bukan berasal dari Terengganu.

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, pihaknya pada masa sama turut mempertimbangkan kebenaran untuk atlet bukan Islam bagi acara tersebut.

Justeru, beliau telah meminta pihak pengurusan MSNT untuk menyediakan laporan lengkap berkaitan dengan penyertaan atlet wanita terbabit dalam acara terjun berkenaan.

"Kita akan memanggil pihak persatuan serta MSNT untuk memberikan penjelasan terperinci selepas selesai perjalanan Sukma 2024.

"Tindakan selanjutnya akan dibuat setelah selesai sesi pendengaran oleh pihak persatuan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Hishamuddin turut menghargai semua pihak yang prihatin dengan isu tersebut.

"Jadi kita berharap tiada lagi kedengaran bahawa kerajaan Terengganu mendiskriminasikan wanita.

"Malah sebenarnya, kita sentiasa berusaha memartabatkan maruah kaum wanita muslim.

"Pada masa sama, Kerajaan Terengganu tidak menghalang pengamalan berpakaian kaum bukan Islam," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
 
Sponsored Post

Atlet terjun wanita: Persatuan Renang Terengganu mohon maaf

AZMI YUSOFAugust 26, 2024

KUALA TERENGGANU: Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) tampil memohon maaf atas kesilapan menghantar atlet wanita beragama Islam ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak baru-baru ini tanpa pengetahuan Exco Kerajaan Negeri.

Presiden PRAT, Dato’ Toh Chin Yaw berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh terhadap isu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam masyarakat itu.


“Sebelum ini kita telah banyak kali berjumpa dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan berbincang tentang syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Dalam pertemuan sebelum ini juga, kita memohon untuk menghantar atlet-atlet ini ke SUKMA, kerana mereka telah lama berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara melalui persatuan.

“Tetapi untuk SUKMA ini kita hantar atlet melalui inisiatif PRAT sendiri dengan peruntukan dan tanggungan persatuan serta ibu bapa atlet tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya di pejabat MSNT hari ini.

Mengulas lanjut Chin Yaw berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi peringatan mengenai pakaian dalam sukan terbabit apabila melibatkan atlet Muslim.

“Kami salah faham tentang isu kod pakaian, kami ingat ia biasa sahaja kerana ia diseragamkan di peringkat antarabangsa dalam mana-mana kejohanan, sehinggalah ia menjadi isu baru kami sedar kesilapan kami.

“Pengurus pasukan selalu berbincang dengan Exco Kerajaan Negeri dan isu mengenai pakaian sering ditekankan, kami fikir pakaian yang telah ditetapkan badan renang negara dan dunia itu tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sukan Terjun, Foo Wai Choo mengakui Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO sudah melarang pihaknya menghantar atlet wanita beragama Islam ke SUKMA kerana menyalahi kod etika pakaian.

“Selepas ini kami akan cuba untuk mencari bakat daripada kalangan bukan Islam sebagaimana dibenarkan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya atlet dalam sukan terbabit disertai bukan Islam.

“Bahkan atlet berkenaan turut akan diletakan dalam program pembangunan sukan Terengganu, kerajaan akan beri sokongan.

“Dalam isu yang telah tular sehari dua ini kita berharap agar semua pihak tidak 100 peratus menyalahkan persatuan, isu ini ada hikmahnya, kita boleh melihat rakyat menyokong penuh garis panduan sukan yang diperkenalkan kerajaan negeri.

“Ia sangat berbeza dengan SUKMA 2022 dahulu. Kita dikecam sewaktu kerajaan tidak membenarkan atlet wanita Islam sertai gimnastik, sekarang dikecam kerana didakwa menghantar atlet wanita Islam sertai acara terjun. Jadi yang lemah kita perbaiki, yang baik kita teruskan,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pemimpin parti politik berkepentingan mendakwa Kerajaan Terengganu menghantar atlet wanita Muslim bagi menyertai acara terjun di SUKMA 2024. – TRDI.my
 
“Sebelum ini kita telah banyak kali berjumpa dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan berbincang tentang syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri

------------

tak tau tak tau tak tau ... saya terkejut...

😂 😂 😂

minta maaf lg senang dr minta kebenaran

kerajaan negeri walaung terbaik..
 
“Sebelum ini kita telah banyak kali berjumpa dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan berbincang tentang syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri

------------

tak tau tak tau tak tau ... saya terkejut...

😂 😂 😂

minta maaf lg senang dr minta kebenaran

kerajaan negeri walaung terbaik..
pandai baca 1 sentence je ke bam?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register