- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 290,479
- Reaction score
- 12,169
- Points
- 2,376
PUTRAJAYA - Kerajaan akan meningkatkan penyertaan golongan wanita, orang kurang upaya (OKU) dan pesara dalam usaha memenuhi keperluan sektor pekerjaan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan berkenaan akan diserapkan dalam perkhidmatan sektor awam atau swasta mengikut kemampuan masing-masing.
"Kita sudah minta kementerian dan agensi berkaitan meneliti dengan lebih lanjut bagaimana tenaga-tenaga yang dikatakan terlatih tiada di pasaran, tetapi mungkin berada di kediaman masing-masing.
"Kita akan bawa mereka keluar untuk menampung keperluan sumber manusia dalam sektor-sektor yang sudah kita kenal pasti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini semalam.
Muhyiddin berkata, ada sebahagian jawatan atau perkhidmatan itu tidak penting untuk diisi oleh mereka yang sihat atau normal namun sesuai bagi golongan berkenaan, misalnya pekerja di plaza tol.
Kosmo