BTC USD 57,345.2 Gold USD 1,788.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelia asrama sekolah agama dipenjara, denda terima rasuah

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,248
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,248
Reaction score
2,957
Points
201
Penyelia asrama sekolah agama dipenjara, denda terima rasuah

BernamaOctober 13, 2021 4:20 PM

Muhamad Rozi Ahmad Puad mengaku bersalah menerima rasuah RM5,800 sebagai dorongan tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum al-Syar’iyyah. (Gambar Bernama)
IPOH: Seorang penyelia asrama sekolah dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah RM5,800 berhubung tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan empat tahun lalu.

Hakim S Indra Nehru turut memerintahkan Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Rozi didakwa sebagai penjawat awam, iaitu penyelia asrama di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum al-Syar’iyyah di Bagan Datuk, secara rasuah menerima RM5,800 daripada seorang lelaki yang dimasukkan ke akaun Maybank miliknya.

Wang berkenaan sebagai upah untuk Rozi tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan di sekolah berkenaan. Dia dituduh melakukan perbuatan di sekolah itu pada 31 Julai 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala Rozi tidak diwakili peguam.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,545
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,545
Reaction score
22,040
Points
1,671
Bila claim tau nak full je, kerja xseberapa
 

Encik Sponge

Super Active Member
Messages
5,010
Joined
Jul 22, 2013
Messages
5,010
Reaction score
746
Points
121
Claim ni la nak cover langsir dewan makan, skirting meja… sumbangan tabung majlis makan2 kat sekolah pon tabung ni juga nie….

Mmg dia claim kat dia ke, atau xsampai tabung nie
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,888
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,888
Reaction score
2,454
Points
201
Claim ni la nak cover langsir dewan makan, skirting meja… sumbangan tabung majlis makan2 kat sekolah pon tabung ni juga nie….

Mmg dia claim kat dia ke, atau xsampai tabung nie

klu nak bantu sekolah pon.. duit tu bank ke sekolah le.. pi masuk akaun individu memang best la
 

Encik Sponge

Super Active Member
Messages
5,010
Joined
Jul 22, 2013
Messages
5,010
Reaction score
746
Points
121
klu nak bantu sekolah pon.. duit tu bank ke sekolah le.. pi masuk akaun individu memang best la

mcm2 boleh jadi…

Silap haribulan boleh jadi kes kontraktor panas hati… Asyik kena pau ja tiap2 bulan suh sponsor…

Last2 dia yg report… mmg akan ada kambing hitam la…
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register