BTC USD 26,561.3 Gold USD 1,925.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelewengan Pembelian Eurocopter Cougar EC725: Tuduhan Jahat Jatuhkan Najib

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41
Isu penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter Cougar EC725 merupakan tuduhan jahat yang dibuat oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memburukkan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penulis percaya usaha jahat ini berpunca daripada sikap Anwar yang terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri. Dan usaha jahat ini disokong sebulat suara oleh seluruh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menjatuhkan Najib.

Rentetan usaha jahat yang dimainkan oleh pihak pembangkang ini, kerajaan mengumumkan penilaian oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilaksakanakan sebagai satu usaha membuktikan ketelusan kerajaan dalam soal pembelian tersebut.

Hasilnya PAC mengumumkan tiada penyelewengan dalam hal pembelian helicopter Eurocopter Cougar EC725. Penilaian PAC mendapati semua urusan pembelian dibuat dengan betul dan telus.

Pengumuman ini diumumkan oleh Pengerusi PAC iaitu Datuk Seri Azmi Khalid. Beliau menegaskan bahawa tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa.

Perlu diingat bahawa semua dasar kerajaan di dunia berhubung hal-hal ketenteraan adalah jelas iaitu sebolehnya tidak mendedahkan sebegitu banyak maklumat berkaitan hal-hal ketenteraan kepada umum.

Malaysia juga terikat dengan Dasar Pertahanan Negara bagi melindungi kepentingan dan keselamatan negara. Hal-hal yang yang detail dan spesifik tidak boleh sewenangnya didedahkan kepada rakyat.

Apa yang menarik perhatian penulis dalam hal berkenaan PAC ialah keanggotaan PAC itu sendiri. Menariknya PAC bukan hanya dianggotai Barisan Nasional (BN). PAC turut dianggotai pemimpin pelbagai parti termasuk dari parti pembangkang.

Antara pemimpin pembangkang yang menganggotai PAC ialah Dr. Tan Seng Giaw (DAP - Kepong) selaku Naib Pengersi PAC, Dato’ Kamudin Jaafar (PAS – Tumpat), Kamarul Baharin Abbas (PKR – Teluk Kemang), William Leong Jee Keen (PKR –Selayang) dan Tony Pua Kiam Wee (DAP – Petaling Jaya Utara).


Walaupun keanggotan PAC adalah menyeluruh dan hasil siasatan dilakukan secara kolektif (turut disertai barisan pemimpin pembangkang) namun masih terdapat suara yang mempertikai hasil penemuan PAC.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan penemuan PAC dan mendakwa bahawa PAC sengaja mahu menutup isu pembelian helicopter tersebut. Suara sumbang Shamsul Iskandar ini sudah tentu diarahkan oleh bossnya iaitu Anwar.


Apa pun penulis menyifatkan tindakan Ketua AMK tersebut sebagai satu tindakan atau respon orang yang tidak reti bahasa atau dengan kata lain sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa segala permainan politik kotor Anwar untuk menjatuhkan Najib sudah berakhir.

Blog: Kembara Politik
 
Sponsored Post

keh keh keh. sumber blog.

alasan cansel beli kerana ekonomi dunia x stabil? :-?:D

dah approve confirm nak beli tiba2 dua minggu lepas tu cancel. :D

memang pac dianggotai parti pemerintah + pembangkang.

tapi pelik ye, esok pac nak meeting skandal eurokopter ni, harini tiba2 dah cancel lak nak beli. kenapa tu??? :))
 
Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter yang telah digantung, kata Pengerusinya, Datuk Azmi Khalid hari ini.

Beliau memberitahu pemberita di Parlimen bahawa mesyuarat PAC mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan prosedur dalam proses tender pembelian Eurocopter.

Bagaimanapun, PAC memandang berat pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh kerajaan itu.

Kalau bukan penyelewengan, apa istilah yang lebih sesuai? Tersilap kira ? Tak sengaja atau tersasul ?

Siasatan yang diumumkan oleh PAC menyebabkan keadaan bertambah keliru dan memeningkan. Rakyat ingin tahu bagaimana yang dikatakan tidak wujud sebarang penyelewengan jika helikopter yang ingin dibeli oleh Malaysia berharga dua kali ganda lebih mahal berbanding model yang sama dibeli oleh negara Brazil?

Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar.

Dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit. Perbezaan kira-kira RM1.2 bilion. Adakah helikopter yang dibeli ingin dibeli oleh Malaysia disadur dengan emas tulen sehingga harganya berlipat kali ganda?

Dalam hal ini satu Suruhanjaya Diraja wajib diwujudkan bagi menyiasat tentang kemungkinan wujudnya unsur khianat dan cubaan menggelapkan wang milik negara. Saya sebagai rakyat Malaysia sudah tidak lagi yakin kepada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) untuk menyelesaikan isu yang berlaku.

Sekiranya rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak membangkitkan isu ini, saya yakin pembelian Eurocopter ini akan diteruskan. Alasan kegawatan ekonomi hanyalah bertujuan untuk menutup agar isu ini tidak terus diperdebat dan dihebahkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi ia melibatkan Najib yang disebut-sebut bakal perdana menteri.

Satu siasatan segera perlu dijalankan kerana dalam masa yang sama kita tidak mahu lagi menyaksikan lebih ramai nyawa anggota tentera yang terkorban kerana menggunakan pesawat Nuri yang telah layak dikategorikan sebagai pesawat antik yang sepatutnya telah lama disimpan di muzium.

sumber :angkasanuri.blogspot
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register