Penyelesaian dua negara untuk capai keamanan - Raja Jordan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II, semalam, berkata penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik antara Palestin dan Israel.

"Konflik Palestin-Israel adalah satu-satunya konflik yang dimulakan dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masih berlanjutan hingga ke hari ini," Agensi Anadolu memetik ucapan Abdullah ketika berucap pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-75.

"Satu-satunya jalan menuju perdamaian yang adil dan kekal adalah dengan menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dan bebas berdasarkan sempadan 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta hidup dalam keamanan dan kedamaian di samping Israel," katanya.

Raja Abdullah juga menyatakan pengakhiran konflik tidak akan berlaku tanpa mengekalkan Baitulmaqdis sebagai bandar keamanan bagi seluruh umat manusia.

Mesyuarat Perhimpunan Agung PBB ke-75 bermula 15 September dan dijadualkan berakhir pada 29 September. BERNAMA

 
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,453
Reaction score
305
Points
131
masalahnya bile sebut 2 negara yg Israel x suka..lagi galak serang Palestin..
lagipon, makin lama makin byk tanah diambil dari Palestin hasil dari penempatan haram..
munkin tekanan antarabangsa termasuk membawa Israel ke mahkamah jenayah shj yg mampu membawa keamanan di Asia Barat..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
kalau seluruh umat islam bersatu rasa israel takut

sama sama pun gaduh

tue dia gelak ja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register