BTC USD 56,376.5 Gold USD 1,777.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Penyedia Khidmat Akan Tawar Pakej Mudahkan Pengguna 3G Beralih Ke Peranti 4G - SKMM

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,303
Reaction score
3,816
Points
236
SKMM sedia mengatakan tiada lagi pengesahan dan pengiktirafan peranti 3G yang akan dilakukan – selari dengan penamatan rangkaian 3G pada penghujung tahun 2021 ini. Pada masa yang sama, SKMM turut mengatakan para penyedia perkhidmatan bakal menawarkan pakej untuk khas dalam membantu peralihan pengguna peranti 3G sedia ada kepada peranti 4G. Langkah ini akan memudahkan peralihan pada kos lebih rendah berbanding kebiasaan. Buat masa ini, syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan masih belum berkongsi berkaitan penawaran pakej masing-masing untuk peralihan 3G ini.

CENTER]
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,303
Reaction score
3,816
Points
236
Tiada Lagi Pengesahan & Pengiktirafan Peranti 3G - SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini mengatakan mereka tidak lagi akan mengesahkan dan mengiktiraf sebarang peranti dengan sokongan 3G sahaja. Perkara ini selari dengan langkah kerajaan untuk menamatkan rangkaian 3G menjelang penghujung 2021 ini.

SKMM mengatakan mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kastam, SIRIM, dan agensi kerajaan yang terlibat supaya tidak mengiktiraf atau mengesahkan peranti 3G. SIRIM sendiri sebelum ini dilihat telah menghentikan pengiktirafan peranti 3G dan 4G tanpa sokongan VoLTE sebagai antara langkah awal peralihan ini.

Sebagai alternatif, pengesahan peranti 4G akan dibenarkan seperti biasa. Langkah ini juga akan melindungi pengguna daripada membeli peranti dengan sokongan 3G yang akan ditamatkan. Penghentian rangkaian 3G ini dijangka memberikan lebih kapasiti untuk rangkaian 4G, sekaligus bersedia untuk rangkaian 5G.

Dengan langkah menghentikan pengiktirafan ini, ia akan menghentikan penawaran peranti 3G lapuk dalam ekosistem, sekaligus mengelak pengguna daripada membeli peranti lapuk untuk kegunaan harian.

Sumber asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1924776
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register