akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,720
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,720
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Penyasaran subsidi diesel: Rampasan kes di Kelantan turun 95 peratus
Oleh Hazira Ahmad Zaidi
A view of the sea
ORANG ramai sibuk memilih barangan keperluan harian sempena Jualan Ihsan Rahmah Madani di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Penyeludupan diesel di Kelantan menunjukkan penurunan kes sebanyak 95 peratus sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dikuakuasakan pada Jun lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, ia berdasarkan perbandingan yang dilakukan sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran bahan bakar itu dilaksanakan.
Katanya, sebelum pelaksanaan itu terdapat 50 kes rampasan diesel yang dilaporkan, namun bermula Jun sehingga Ogos lalu KPDN Kelantan hanya merekodkan dua hingga tiga kes sahaja dan mungkin ianya adalah bekalan lama.
"Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Kelantan menunjukkan kejayaan dan ia jelas dapat dilihat melalui perbandingan penurunan jumlah rampasan kes yang dilakukan.
"Penyeludupan diesel juga sudah berkurangan dengan kerjasama pelbagai agensi," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Jualan Ihsan Rahmah Madani di Pasaraya KB Mall, di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azman berkata, terdapat minyak masak peket bersubidi yang dijual di Thailand sehingga harga RM8 sekilogram berbanding di Malaysia yang masih dijual pada harga kawalan iaitu RM2.50 sekilogram.
"Minyak masak Thailand menggunakan minyak jagung yang menyebabkan harganya agak mahal berbanding di negara kita yang menggunakan kelapa sawit.
"Malah status halal minyak peket yang dijual di Thailand juga diragui berbanding yang dijual di negara kita dan disebabkan itulah majoriti rakyat Thailand terutamanya yang tinggal di kawasan Narathiwat beragama Islam lebih memilih menggunakan minyak masak dari Malaysia.
"Pada masa sama ia juga menyebabkan barang kita mendapat permintaan tinggi daripada rakyat Thailand," katanya.
Disiarkan pada: September 7, 2024 @ 4:27pm