Penyamun maut terjerut beg sandang

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,615
Reaction score
21,074
Points
1,671
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang menyamun sebuah kedai alat ganti kenderaan maut selepas terjerut tali beg sandang yang dibawanya ketika sedang memanjat keluar sebuah premis di Jalan Sungai Besi, Taman Salak Selatan di sini, semalam.

Mangsa yang dipercayai warga Myanmar berusia 30-an itu dikatakan sedang memanjat tembok di bahagian depan tingkat satu premis berkenaan, namun beg yang dibawanya tersangkut pada papan tanda menyebabkan talinya menjerut leher lelaki itu.


Difahamkan, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi oleh pemilik premis berkenaan yang datang untuk memulakan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, pemilik berkenaan terkejut apabila mendapati keadaan dalam premisnya berselerak sebelum membuat pemeriksaan di tingkat atas.


“Pengadu menemui seorang lelaki terbaring di koridor tingkat atas dalam keadaan lehernya terjerut dengan tali beg yang disandangnya,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan lelaki itu memecah masuk premis berkenaan pada awal pagi antara jam 4 hingga 5 pagi dan sempat mengambil beberapa alat ganti kenderaan.

Bagaimanapun, katanya, ketika cuba melarikan diri, beg yang disandangnya tersangkut di celah antara papan tanda dan tembok koridor premis berkenaan.


“Lelaki itu mungkin dalam keadaan kelam-kabut untuk melarikan diri dan panik apabila beg dibawanya tersangkut pada papan tanda premis menyebabkan dia gagal melepaskan jerutan tali berkenaan,” katanya.

Katanya, pemeriksaan pada lelaki itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunmautterjerutbegsandang/Article/index_html
 
Sponsored Post

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
Dapat balasan cash di tempat kejadian
mati dalam keadaan hina
 

khairuls

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2010
Messages
9,212
Reaction score
10
Points
65
baru sorang mati...ramai lagi penjenayah warga asing yg tak mati2 lagi...
 

rozaidi

Super Active Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
7,265
Reaction score
24
Points
65
buat onar plk pendatang ni
 

biisnesman

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2010
Messages
3,434
Reaction score
12
Points
25
jenayah berisiko rendah..

PDRM ~ closed case..
 

LilinSticks

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2008
Messages
3,487
Reaction score
3
Points
25
Datang negara orang buat celaka.. memang celaka Babun nehhh, elokla ko mampus.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register