BTC USD 57,516.9 Gold USD 1,795.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyamun larikan ikan keli

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Melucukan apabila sekumpulan Mat Rempit bukan saja menyamun barang berharga milik seorang pemancing malah mereka juga melarikan seekor ikan keli yang dipancing remaja berkenaan.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi di Bandar Tun Razak, di sini, kelmarin, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zainal, 17, berkata dia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai memancing di sebuah tasik berhampiran kawasan berkenaan secara tiba-tiba dihampiri sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Seorang daripada mereka menahan saya sebelum mengarahkan supaya menyerahkan semua barangan berharga manakala saki-baki kumpulan terbabit berpusing-pusing di sekeliling menggunakan motosikal yang ditunggangi mereka.

“Saya bagaimanapun berjaya melarikan diri sejauh satu kilometer, namun diberkas semula kumpulan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, keengganan menyerah barangan miliknya itu mengundang kemarahan ahli kumpulan terbabit sebelum seorang daripada mereka memukulnya menggunakan batang besi.

“Saya yang terjatuh diserbu dan semua barangan berharga saya seperti telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM200 dirampas kumpulan itu,” katanya.

Zainal berkata, kumpulan terbabit juga turut merampas seekor ikan keli yang berjaya dipancingnya dari tasik berkenaan.

“Saya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan apa yang saya kesalkan kumpulan terbabit bukan saja merampas barangan berharga malah apa saja yang dimiliki ketika itu.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kumpulan itu dan tidak keluar memancing berseorangan terutamanya ketika lewat malam,” katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
nasihat berguna dari seorang kaki pancing..d terjah hantu jalan :))
 

LuvHoneY

Super Active Member
Messages
6,787
Joined
May 24, 2008
Messages
6,787
Reaction score
39
Points
70
ikan keli sekor pun nk cilok...penyamun tue lapa agaknye..:)):p
 

mimie813

Super Active Member
Messages
6,531
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,531
Reaction score
290
Points
81
hahhahhahah.....
pas nie polis2 kena wat ops.....
"penyamun keli "
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register