BTC USD 51,460.6 Gold USD 1,781.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyampai berita kahwin minggu depan

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
[email protected]

KUALA LUMPUR: Penyampai berita televisyen, Farahrizan Abdul Razak, 22, yang diberkas polis kerana menyertai parti dadah di sebuah hotel, awal pagi kelmarin, dikatakan sudah mengatur persiapan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan syarikat penyiaran lain, minggu depan.

Bagaimanapun, perancangan majlis perkahwinannya itu dipercayai terjejas berikutan dia direman untuk siasatan polis sehingga esok.

Dalam serbuan awal pagi tahun baru di bilik tingkat 11 sebuah hotel di sini, dia bersama 25 individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKL) untuk diambil keterangan.

Sembilan daripada mereka direman selepas disahkan positif dadah dalam ujian air kencing.






Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata, personaliti terbabit disahkan positif mengambil dua jenis dadah serentak iaitu syabu dan ketamin.




Katanya, penyampai berita terbabit disoal siasat bagi mengenal pasti sejauh mana pembabitannya dalam penganjuran parti itu.

Menurutnya, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap pengurusan hotel berkenaan, sebaliknya tindakan terhadap penganjur.

“Parti itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai dadah jenis ketamin dan syabu serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Kang berkata, pihaknya akan menghantar semua yang direman untuk menjalani ujian air kencing kedua di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum tindakan lanjut.

“Mereka bagaimanapun bebas sebarang tuduhan seks kerana kesalahan membabitkan dadah. Siasatan awal mendapati seorang lelaki membekalkan dadah kepada pengunjung parti itu.

“Pembekal dadah itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1a) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya yang menjelaskan parti itu bukan berunsur seks seperti dihebohkan kerana ketika diberkas, semua suspek lengkap berpakaian dan tiada seorang pun berbogel.

Malah, katanya, hanya dua keping kondom ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, penyampai berita itu diajak beberapa rakan ke bilik hotel terbabit selepas berhibur di sebuah kelab malam berhampiran.

Dia dikatakan tidak mengetahui apa yang berlaku di situ sebelum sepasukan polis menyerbu bilik berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, berkata pihaknya menyifatkan kejadian itu berlaku pada ‘waktu peribadi’ penyampai berita terbabit.

Namun, beliau berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada polis dan bersedia memberi kerjasama.

“Buat masa ini, kami tidak dapat memberi sebarang kenyataan hingga mendapat maklumat sahih mengenai kejadian sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam.
 
Sponsored Post

biezzto

Fun Poster
Messages
176
Joined
Dec 3, 2008
Messages
176
Reaction score
1
Points
15
yang mana satu ek si farah ni...
sesapa ada gmbr dia? tertanya plak ehh,....




biez: katanya ada sorang lg pelakon yg terlibat, pelakon tambahan. sape? huhu
 

pijoe

Legendary Member
Messages
13,526
Paid Membership
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,526
Reaction score
1,387
Points
231
deleted
 
Last edited:

epi_san

Super Active Member
Messages
5,364
Joined
Aug 28, 2007
Messages
5,364
Reaction score
26
Points
70
mane ??? gambernye ????
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
inilah gambarnya....cun ciottttttttttt

picture%2BFarahrizan%2BAbdul%2BRazak%2Bgambar%2Bpesta%2Bseks.jpg

xkuar la bro :">:">:">
 

kawecool

Active Member
Messages
2,482
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
xkuar pn gambo..mesti xreti nak masukkan nie..
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Messages
25,324
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,324
Reaction score
558
Points
176
gamba minah tu kan dah ada kat thread sebelah
 

GT

CG Top Poster Club
Messages
38,557
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Macam dah ada jer berita ni... jap aku cari Link nya...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register