Penyakit jantung kekal punca utama kematian di Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,324
Reaction score
2,228
Points
236
Penyakit Jantung Ragut Nyawa 50 Rakyat Malaysia Setiap Hari

24.11.2019 - Ipoh, Penyakit jantung koronari masih merupakan pembunuh nombor satu dengan meragut nyawa kira-kira 50 orang rakyat Malaysia setiap hari, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan jumlah kematian akibat penyakit jantung koronari pada tahun 2018 adalah seramai 18,267 orang sekaligus kekal menjadi punca utama kematian di negara ini.

“Jumlah kematian akibat penyakit itu menunjukkan peningkatan setiap tahun dan ia juga menjadi punca utama yang menyebabkan kematian mengejut ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Perak ‘Perak Automated External Defibrillator(AED))Save A Life’ di Dewan Bandaraya Ipoh di sini hari ini.

Seramai 580 peserta dari seluruh negeri menyertai program anjuran Ipoh Cardiovascular Society yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan bilangan orang awam yang mampu melakukan Resusitasi Kardiopulmonari atau CPR serta menggunakan AED.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/11/24/penyakit-jantung-ragut-nyawa-50-rakyat-malaysia-setiap-hari/
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register