BTC USD 57,032.7 Gold USD 1,787.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyakit Gout, jangan pandang remeh...

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Penyakit Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya diebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Penyakit gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ’setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.

Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.

1.Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala

2.Akut - Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu

3.Interkritikal - pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.

4.Kronik. - serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.

so beringat-ingatlah....
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Tengok kat tread bekam lintah aku info terkini tentang gout
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,691
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,691
Reaction score
16,446
Points
2,376
FB_IMG_1625369760706.jpg

Seorang eksekutif muda dalam usia 40 an, dahulunya seorang yang aktif dan cergas. Kehidupan berubah selepas dikesan menghidap gout , iaitu paras uric asid tinggi dalam darah.

Akibat sering sakit, sendi sendinya mula membengkak. Ubat tahan sakit sudah jadi macam gula gula yang dimakan setiap hari. Bekalan ubat diperolehi dengan mudah , tidak perlu jumpa doktor, hanya beli dari kaunter farmasi.

Kesan ambil ubat tahan sakit gout (voltaran, ibuprofen, synflex, ponstan) yang terlalu banyak dan kerap menyebabkan buah pinggangnya rosak teruk. 70% buah pinggang telah rosak.

Kemudian ada gejala sakit ketika kencing. Pemeriksaan mendapati air kencing sudah ada darah. Ya, kristal uric asid telah berkumpul di buah pinggang menyebabkan masalah batu karang. Bagaikan jatuh di timpa tangga, sudahlah fungsi buah pinggang terjejas akibat ubat tahan sakit, ditambah pula kerosakan akibat kristal uric asid.
.
Tuan tuan,

Penyakit gout sangat common pada hari ini. Usia 30 an sudah ada masalah gout. Perkara ini bukan sekadar gout, ia datang dengan pakej lengkap yang menjejaskan kualiti kehidupan.

Elakkan pengambilan ubat tahan sakit TANPA pemantauan doktor. Jangan percaya produk “anti gout” yang di jual di pasaran, kebanyakannya ada steroid yang akan memburukkan lagi keadaan.

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan, kawal pemakanan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register