Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,220
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,220
- Reaction score
- 987
- Points
- 121
Penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Perancis, UK di Tehran
Oktober 18, 2023 @ 2:57amTEHRAN: Penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan Britain dan Perancis di Tehran awal pagi ini susulan kemarahan serantau yang semakin meningkat berikutan serangan berdarah ke atas hospital di Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin yang berada di bawah pentadbiran Hamas, sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh semalam, dalam serangan di perkarangan hospital Gaza yang didakwa didalangi Israel.
Bagaimanapun, tentera Israel berkata, serangan itu disebabkan bedilan roket oleh kumpulan Jihad Islam yang juga sekutu Hamas, berpangkalan di Gaza.
'Kematian untuk Perancis dan England', antara laungan oleh penunjuk perasaan, sambil membaling telur ke arah bangunan kedutaan Perancis di ibu negara Iran. https://www.bharian.com.my/dunia/as...arahan-susulan-serangan-ke-atas-hospital-gaza
Perhimpunan itu berakhir secara aman sekitar jam 3 pagi (2330 GMT).
Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai kedutaan di Tehran susulan terputusnya hubungan diplomatik membabitkan kedua-dua negara berkenaan.
Menurut seorang jurugambar AFP, beberapa ribu orang turut berkumpul di Dataran Palestin, di tengah Tehran untuk menyuarakan kemarahan mereka.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengumumkan hari ini sebagai hari berkabung di seluruh negara dan berkata, serangan ke atas hospital itu akan berbalik terhadap Israel dan sekutunya, AS.
"Bom AS-Israel dijatuhkan petang ini ke atas mangsa di Palestin di hospital di Gaza, ia tidak lama lagi akan memakan Zionis. Iran sedang berkabung," katanya, lapor agensi berita rasmi IRNA.
Menteri Luarnya, Hossein Amir-Abdollahian menerusi mesej di aplikasi X, menyeru 'perpaduan global' terhadap Israel, rejim yang lebih dibenci berbanding DAESH.
Tehran turut menggesa negara Arab yang menjalin hubungan dengan Israel untuk tidak meneruskannya. - AFP