BTC USD 24,536.9 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
7,691
Joined
Dec 6, 2010
Messages
7,691
Reaction score
530
Points
121
Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori
FB_IMG_1656428356535.jpg
FB_IMG_1656428358940.jpg
FB_IMG_1656428361195.jpg
FB_IMG_1656428363507.jpg

SEPANG, SELANGOR – Seorang penunggang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori berdekatan Desa Pinggiran Putra, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.31 pagi di Kilometer (KM) 5.8 Jalan Desa Pinggiran Putra itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 Dream gagal mengelak sebuah lori yang tiba-tiba membelok ke kiri jalan untuk memasuki sebuah lorong.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke arah Dengkil.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Isuzu tiba-tiba membelok ke kiri jalan dipercayai mahu menuju ke kawasan kandang lembu di sini sebelum dirempuh mangsa dari arah belakang.

“Mangsa yang berusia 26 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Seksyen 2, Bandar Baru Bangi dan bekerja sebagai penyelenggara bangunan selain bekerja sambilan sebagai penunggang p-hailing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, pemandu lori berusia 55 tahun pula berasal dari Desa Pinggiran Putra tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Gambar: Media Sosial
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,993
Joined
Jan 12, 2008
Messages
26,993
Reaction score
4,971
Points
261
Awards
1
Tadi aku drive...motor pancung ...depan keta aku nak ke simpang kiri.............laju..signal pun tak bagi...mcm mana tak eksiden bawa motor mcm tu...
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,292
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,292
Reaction score
3,267
Points
266
Awards
1
Jalan ni dah berapa banyak eksiden sebab kenderaan tiba2 slow down nak masuk lorong haram.

Tengoklah dah ler lorong haram lepastu ada road kerb konfirm kenderaan belakang tak sempat elak sebab jalan tu memang jalan lurus.
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,292
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,292
Reaction score
3,267
Points
266
Awards
1
Tadi aku drive...motor pancung ...depan keta aku nak ke simpang kiri.............laju..signal pun tak bagi...mcm mana tak eksiden bawa motor mcm tu...

Masalahnya itu memang jalan lurus. Lori tu nak masuk lorong haram mana sempat nak elak kalau tiba-tiba pancung. Sebab bukan ada susur pun jalan tu.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register