BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek di lebuh raya

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,229
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,229
Reaction score
991
Points
121

Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek di lebuh raya​

Oleh Ahmad Hasbi
Ogos 28, 2024 @ 7:09am
[email protected]


Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar tayar lori yang sedang bergolek di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi. - Foto ihsan polis
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai terlanggar tayar lori yang sedang bergolek di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi. - Foto ihsan polis

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar tayar lori yang bergolek di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun dalam perjalanan dari arah Sikamat ke Putrajaya.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan terlanggar tayar lori yang dipercayai tercabut dan bergolek dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya.

"Ia mengakibatkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri, sebelum merempuh besi kiri penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lori yang terbabit dalam kemalangan itu dan pemandu lelaki berusia 29 tahun berjaya dikesan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Akibat kemalangan, penunggang motosikal terbabit parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya.

Mohamad Hatta berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register