BTC USD 26,451.9 Gold USD 1,939.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang masih hidup, bukan punca sekatan jalan raya JPJ

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,004
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,004
Reaction score
588
Points
121
Penunggang masih hidup, bukan punca sekatan jalan raya JPJ
FB_IMG_1680188550673.jpg
FB_IMG_1680188553250.jpg
FB_IMG_1680188631645.jpg

KLANG – Polis menafikan dakwaan mengenai seorang penunggang motosikal maut akibat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 4.4 Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini, kelmarin.

Perkara itu tular menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ berada berdekatan mangsa yang terbaring di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada waris lelaki berusia 21 tahun itu, pukul 9.24 tadi.

Tegas beliau, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca mangsa hilang kawalan dan terbabas dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala Shah Alam.

“Polis menafikan dakwaan mengatakan mangsa telah meninggal dunia berpunca JPJ membuat sekatan jalan raya berdekatan lokasi kejadian.

“Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya Rao, pegawai JPJ yang tular menerusi gambar itu sedang membuat kawalan lalu lintas di lorong kanan bagi memastikan keselamatan mangsa.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144 atau balai polis berdekatan,” katanya.

KOSMO!ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register