akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Penulisan Kesusateraan Melayu di Kelantan semakin pupus?
KAMARUDIN Md. Nor (tiga kanan) menyampaikan sijil dan wang tunai kepada peserta johan kategori Puisi, Haziq Rahimi Abd. Karim di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
KOTA BHARU: Kelantan berdepan kepupusan penulis Kesusateraan Melayu apabila golongan muda ketika ini tidak berminat untuk memperjuangkan bidang berkenaan.
Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, andaian itu ada asasnya apabila golongan veteran masih mendominasi bidang berkenaan.
“Anda boleh lihat, jika ada pertandingan melibatkan Kesusateraan Melayu ia akan di dominasi oleh golongan veteran. Situasi itu tidak baik untuk bidang ini.
“Jadi saya harap, lebih ramai golongan muda tampil untuk menyertai pertandingan berkaitan kesusasteraan Melayu akan datang. Saya yakin dan percaya, kita ada ramai penulis muda, mungkin mereka ini tidak mahu menonjol atau sebaliknya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kamarudin memberitahu, golongan penulis perlu lebih kreatif dan tidak bergantung kepada teknologi yang ada pada hari ini dalam menghasilkan karya-karya berkait Kesusateraan Melayu.
“Lihat tokoh-tokoh penulis terdahulu, setiap tulisan mereka mempunyai idea dan pemikiran tersendiri untuk dihayati oleh pembaca.
“Kalau dulu, syair, puisi dan pantun yang dicipta sering didengarkan, namun kini ia jarang. Oleh itu, saya meminta kerjasama Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (Gema) supaya membantu mereka yang terlibat dalam penulisan untuk terus sentiasa menghasilkan karya yang kreatif,” ujarnya.