Pentadbiran Biden Berikrar Lindungi Rangkaian Telco Seperti Huawei & ZTE

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Calon Pentadbiran Biden Berikrar Melindungi Rangkaian Telekomunikasi Amerika Syarikat Daripada Firma Seperti Huawei Dan ZTE;

27.01.2021 - Washington, Amerika Syarikat kini telah berubah kepada pentadbiran baharu dibawah Presiden Joe Biden. Dengan perubahan ini, semestinya ramai yang sedang menantikan apakah perubahan yang akan dibawakan terhadap syarikat teknologi seperti Huawei.

Bercakap mengenainya, calon ketua Jabatan Perdagangan AS yang baharu mengatakan berikrar untuk terus melindungi rangkaian telekomunikasi Amerika daripada syarikat China. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana mereka tidak akan menggunakan infrastruktur telekomunikasi daripada pihak Huawei atau ZTE.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada Huawei akan kekal dalam senarai entiti yang disenarai hitamkan secara keseluruhan seperti sekarang atau sebaliknya.

Pihak Jabatan Perdagangan AS juga mengatakan mereka akan menyemak kembali pelbagai polisi, semak dengan kerajaan, industri dan rakan kerjasama dalam menentukan sama ada terus mengekalkan Huawei dalam senarai hitam ekonomi atau sebaliknya. Penilaian dijangka dilakukan berdasarkan apa yang terbaik untuk Amerika dan juga ekonomi.

Sebelum ini, Huawei telah diharamkan daripada menggunakan teknologi milik syarikat Amerika, termasuk memberi kesan terhadap penawaran telefon pintar mereka yang menggunakan komponen keluaran firma Amerika dan juga kedai aplikasi Google Play yang berpusat di Amerika.

Selain Huawei, sejumlah syarikat lain juga terkesan sebelum ini, termasuk seperti TikTok, WeChat, ZTE, SMIC, DJI dan lain-lain.

Screenshot-3736.jpg

Berita asal https://www.reuters.com/article/us-...s-networks-from-huawei-zte-idUSKBN29V119?il=0
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,791
Reaction score
672
Points
171
mereka orang putih mmg anti china.. malay sia-sia sahaja sayang cayanun..
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,804
Reaction score
471
Points
51
free market they said...
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
suruh China tutup dan tarik semua firma berkaitan telco dari US / Europe, fokus pada Asia .. tengok apa diorang buat tanpa teknologi tu :D
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,004
Reaction score
740
Points
121
nasib aku baca isi, bukan title sahaja.

ada beza tu "lindungi rangkaian seperti" dan "lindungi rangkaian daripada".
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,004
Reaction score
740
Points
121
mereka orang putih mmg anti china.. malay sia-sia sahaja sayang cayanun..
malay sia-sia tu apa? macam lagu negarakuku yang menyebabkan namewee didakwa tu ke?

mohon pencerahan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register