Pensyarah UIA dijerut dengan tudung oleh suami sendiri

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,066
Reaction score
1,381
Points
151
wow anak pelajar pintar permata ya

Anak mangsa luah rindu

"HANA harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah," itu luahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di laman sosial Facebooknya.

Remaja terbabit adalah anak kepada mangsa bunuh yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ibunya berusia 40 tahun itu dipercayai dibunuh bekas suami sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.

Malah, catatan dan luahan hati anak mangsa itu turut mendapat simpati orang ramai termasuk rakan arwah yang memberi kata-kata semangat.

Sementara itu, rakan sekolah menengah mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kehilangan mangsa melalui perkongsian maklumat oleh rakan-rakan di kumpulan WhatsApp.

"Saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila mengetahui berita itu tambahan kami dan arwah sangat rapat sejak sekolah menengah lagi.

"Kali terakhir saya dapat bertemu mangsa adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu apabila dia berkunjung ke rumah saya di Sungai Petani, Kedah," katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, arwah seorang yang merendah diri dan tidak sombong.

"Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

"Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna, " katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak mengucapkan takziah kepada keluarga pensyarah dan kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan di atas kehilangan mangsa, Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman yang meninggal dunia.
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,441
Reaction score
675
Points
121
Innalillah.... Tersedak aku baca posting2 sini.. dah lah cmm pun dah lama lesap..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,166
Reaction score
1,110
Points
201
kene mental check up suspek ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register