Pensyarah UIA dijerut dengan tudung oleh suami sendiri

CG Sponsors




Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
662
Reaction score
237
Points
33
aritu kes lebih kurang jugak.. wife kena parang depan anak

kalau ada adik perempuan ke kakak, nak lepas bg kawen dgn org lain ni kena tengok dulu betol2 perangai lelaki tu

member aku siap check ic dgn .... sbb nak tau ade kes ke tidak, kantoi ade rekod.. :p
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,789
Reaction score
182
Points
33
Sinar Harian
38m ·
Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, didakwa membunuh Maizatulnisa Othman, 40 di Tasik Cyber Valley Park Jalan Persiaran Sepang Cyberjaya kira-kira jam 11 pagi hingga 1.04 pagi antara 29 dan 30 Julai lalu.

Suami didakwa jerut isteri menangis di mahkamah

11 Ogos 2020
View attachment 269523
Mohd Hairil Izzuan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini kerana membunuh isterinya.




SEPANG - Seorang lelaki menangis ketika didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini kerana menjerut isterinya hingga mati dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, yang menggangguk faham pertuduhan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hairil Izzuan didakwa membunuh Maizatulnisa Othman, 40 di Tasik Cyber Valley Park Jalan Persiaran Sepang Cyberjaya di sini kira-kira jam 11 pagi hingga 1.04 pagi antara 29 dan 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudian menetapkan 14 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 2 Ogos lalu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki direman bermula Jumaat sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, 30 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 41 tahun dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih

"Suspek kemudian membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang," katanya..
ARTIKEL BERKAITAN: Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati
Jerut leher isteri: Suspek negatif dadah

Kes jerut isteri, polis rekod keterangan anak
Kes jerut isteri: Lebih dua jam selam dalam tasik cari barang bukti
Siasatan kes bunuh pensyarah selesai, motif dikenal pasti: Polis


Menangis konon... kau menangis menyesal atau menangis sebab tak dapat kahwin dengan skandal?
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,558
Reaction score
389
Points
51
bayangkan si lelaki pernah baca berita kes sorg suami bunuh isteri & anak lepas bergaduh,then potong badan depa,buang kt semak,kepala simpan atas siling rumah..& dia sekarang jd spt tu..

bayangkan dia sekrang di tempat dituduh membunuh & menjadi tumpuan media spt mana kes kerat isteri tu...

bayangkan dia kata "kalau lah aku belajar dr kesilapan org lain"..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register