BTC USD 43,591.8 Gold USD 2,028.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penolong pegawai penyelidik "Curi" Duit tabung Masjid Guna Dawai bergetah

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
whatsappimage2017-05-25at114446pm.jpeg

Wang masjid bersama peralatan mencuri dirampas daripada suspek.

KUCHING: Seorang penolong pegawai penyelidik ditangkap selepas kantoi mencuri duit di tabung masjid Jamek menggunakan dawai yang diubahsuai untuk menarik keluar duit sekitar jam 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 30 tahun dan berasal dari Mukah itu ditangkap anggota polis bantuan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


"Suspek ditangkap sedang mencuri duit menggunakan dawai yang diubahsuai dengan meletakkan gula-gula getah di hujungnya untuk menarik keluar duit dari dalam tabung tersebut," katanya.

Menurutnya, antara yang turut dirampas daripada suspek ialah beg sandang, besi dawai, gula-gula getah dan wang tunia sekitar RM231.

Selain itu, suspek juga disahkan positif dadah jenis Meth selepas saringan awal ujian air kencing dijalankan ke atasnya.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

http://www.utusanborneo.com.my/2017/05/26/dawai-bergetah-tarik-duit-masjid
 
Last edited:
Sponsored Post

1.Seorang penolong pegawai penyelidik ditangkap selepas
-kantoi mencuri duit di tabung masjid Jamek
-menggunakan dawai yang diubahsuai
-dengan meletakkan gula-gula getah di hujungnya
-untuk menarik keluar duit sekitar jam 8 pagi semalam.
-suspek berusia 30 tahun dan berasal dari Mukah itu

2.antara yang turut dirampas daripada suspek ialah
-beg sandang,
-besi dawai,
-gula-gula getah dan
-wang tunia sekitar RM231.

3.suspek juga disahkan positif dadah jenis Meth

4.Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.



penolong pegawai penyelidik bukan ke org terpelajar,
ni sampai layan meth pastu mencuri lagi, pelik sungguh ni :-?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register