BTC USD 56,187.1 Gold USD 1,772.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjualan Rokok 14 Batang Akan Diharamkan

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Penjualan Rokok 14 Batang Akan Diharamkan

KUALA LUMPUR: Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya di kalangan remaja, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan hanya akan membenarkan penjualan rokok 20 batang yang lebih mahal harganya selain memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara.

"Kita baru perkenalkan harga minimum pada Januari. Kita akan lihat kesan terlebih dahulu dan kaji langkah-langkah lain termasuk untuk adakan lebih banyak kawasan larangan merokok," katanya ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr Mohd Hatta ingin tahu adakah kerajaan bersedia menaikkan harga lantai rokok untuk menghalang golongan muda daripada memulakan tabiat merokok.

Liow berkata kementerian akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain terutamanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras penyeludupan rokok yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berhubung cadangan menetapkan harga siling bagi rokok, Liow berkata tiada keperluan bagi cadangan itu dilaksanakan kerana harga rokok pada masa ini cukup tinggi.

Dalam soalan berbeza, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menafikan wujudnya ketidakseragaman pengagihan jawatan kepada pekerja berketurunan India di jabatan-jabatan kerajaan.

Katanya bagi perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 3,591 atau 3.5 peratus daripada 103,051 pegawai adalah daripada kaum India, dan 37 daripada jumlah itu merupakan pegawai kanan.

"Di Jabatan Perpaduan, terdapat 35 pegawai kaum India daripada 868 pegawai (enam daripadanya adalah pegawai kanan di peringkat pengurusan dan profesional), manakala di Jabatan Penerangan, terdapat 74 pegawai daripada jumlah keseluruhan 2,422 orang (lima pegawai pengurusan dan profesional)," katanya.

Liew berkata demikian ketika mejawab soalan tambahan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang bertanyakan tentang kedudukan kaum India di jabatan-jabatan kerajaan termasuk yang memegang jawatan pegawai tinggi. - BERNAMA
 
Sponsored Post

akunobita

Super Active Member
Joined
Nov 28, 2009
Messages
6,825
Reaction score
108
Points
73
apa kata arak diharamkan jual ikut botol/tin.
tapi dijual ikut gelen/tong.
mcm mana apek liow tiong lai?
ada berani?
aku tak pernah jumpa org mati accident sebab rokok.
tapi aku jumpa byk org mati accident sebab arak.
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
apa kata arak diharamkan jual ikut botol/tin.
tapi dijual ikut gelen/tong.
mcm mana apek liow tiong lai?
ada berani?
aku tak pernah jumpa org mati accident sebab rokok.
tapi aku jumpa byk org mati accident sebab arak.

haha ada betui jugak tuh hahaha..
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,056
Reaction score
141
Points
123
apa kata arak diharamkan jual ikut botol/tin.
tapi dijual ikut gelen/tong.
mcm mana apek liow tiong lai?
ada berani?
aku tak pernah jumpa org mati accident sebab rokok.
tapi aku jumpa byk org mati accident sebab arak.

betul tuh..pastuh kelab mlm lak bukak sejam je sudah...
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
haram 14 aku beli 20.. Ape susah.. haram 20 aku beli rokok seludup..
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
apa kata arak diharamkan jual ikut botol/tin.
tapi dijual ikut gelen/tong.
mcm mana apek liow tiong lai?
ada berani?
aku tak pernah jumpa org mati accident sebab rokok.
tapi aku jumpa byk org mati accident sebab arak.
betoi......org parlimen otak tak ada mmg camni........wakakkakaka

up skit..haram terus arak tu kat semua tempat awam termausk seven elevent tuiiihhhh
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Haramkan semua kan bagus .... semua tuh alasan sahaja nak soh rakyat beli 20 .... so Kerajaan leh untung lebih.... kalo benar utk mencegah .. haramkan rokok tuh terus .....:D

Saya pun boleh berhenti merokok:))
 

pokding

Active Member
Joined
Sep 26, 2009
Messages
2,416
Reaction score
20
Points
25
haramkan toto, haramkan bukak aurat, haramkan jual ****
 

kajcorp

Fun Poster
Joined
Feb 4, 2008
Messages
340
Reaction score
3
Points
15
cara paling mudah..utk selesai masalah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register