BTC USD 64,955.1 Gold USD 1,787.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjualan Bayi oleh Datuk dan Datin

kipas

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2010
Messages
2,544
Reaction score
69
Points
30
KOTA SAMARAHAN: Sindiket penyeludupan dan penjualan bayi membabitkan pasangan bergelar Datuk dan Datin di negeri ini Julai lalu, masih dalam siasatan.

Demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh sambil menyifatkan kes berkenaan tidak pernah ditutup dan kini menunggu keputusan lanjut dari Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa suspek utama dipercayai dalang sindiket itu.


“Kes ini masih dalam siasatan polis dan sehingga kini kami tidak menerima sebarang laporan mengenai penjualan bayi selepas kejadian terakhir pada Julai lalu,” katanya selepas merasmikan Program Polis dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sindiket penjualan bayi sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini kemungkinan ada kaitan dengan kes sindiket penjualan bayi yang membabitkan pasangan Datuk dan Datin empat bulan lalu. Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan polis ada kaitan antara dua sindiket terbabit, terutama hasil penemuan bukti yang membabitkan dokumen kelahiran bayi di hospital swasta berkenaan yang dipercayai dikeluarkan di negeri ini. Julai lalu, masyarakat digemparkan dengan kegiatan sindiket penyeludupan dan penjualan bayi selepas polis menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual seorang wanita warga Indonesia dengan harga RM10,000 kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli di restoran di Batu Kawa.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register