Penjual nasi lemak didakwa dera budak perempuan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
834921.jpg


ALOR GAJAH - Seorang penjual nasi lemak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera anak perempuan kenalannya berusia enam tahun.

Tertuduh, Julaili Md Said, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Julaili yang memakai berbaju hitam kelihatan menangis dan resah di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding kes berlangsung.

Bagi pertuduhan pertama, ibu lima anak itu didakwa dengan niat bersama seorang yang masih bebas sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara mungkin akan mengalami kecederaan fizikal.

Dia didakwa mengikut Seksyen (31)(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersama seorang yang masih bebas dengan sengaja telah menyebabkan mangsa cedera parah menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan mangsa patah tangan kiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Seri Paya Rumput, Masjid Tanah sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengah malam antara Mei hingga September lalu.

Difahamkan kanak-kanak perempuan berkenaan dijaga oleh tertuduh bersama suaminya sejak Hari Raya Aidilfitri lalu memandangkan ibunya penagih dadah dan ayahnya sedang menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Arthana Sarma Rao tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana mangsa masih kanak-kanak.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan jaminan memandangkan mempunyai lima orang anak termasuk dua daripadanya menghidap sakit talasemia dan asma selain hanya berniaga nasi lemak untuk menyara keluarga.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.


== sinar harian
 
Top
Log in Register