BTC USD 93,812.2 Gold USD 2,689.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjual air balang didakwa lakukan amang seksual terhadap anak angkat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,139
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,139
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Penjual air balang didakwa lakukan amang seksual terhadap anak angkat

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
Kota Bharu: Penjual air balang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak angkat perempuan di Ketereh, Oktober tahun lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap anak angkat perempuan berusia 12 tahun 10 bulan ketika kejadian.

Kejadian itu dilakukan ketika menunggang motosikal di Kampung Bechah Hangus dan Jalan Rangkal Kuang-Banggol Lepah, Ketereh.


Selain itu kejadian turut dilakukan di sebuah rumah di Kampung Guntong dan ketiga-tiga kejadian dilakukan Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon jaminan tidak ditawarkan kerana dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa.

Mohd Firdaus pula memohon jaminan dibenarkan memandangkan anak guamnya perlu menanggung keluarga iaitu isteri dan tiga anak dengan pendapatan bulanan RM2,500 sebagai peniaga air balang.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh ditawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain tidak membenarkan tertuduh mengganggu mangsa serta saksi kejadian.

Tertuduh juga perlu melapor diri di Balai Polis Kok Lanas setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 7 Oktober untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: September 9, 2024 @ 12:19pm
 
Back
Top
Log in Register