BTC USD 40,035.6 Gold USD 1,828.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjenayah gian mati

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Nazarali Saeril
[email protected]


MAUT...lelaki yang ditembak mati polis di Taman Bayu
Perdana, awal pagi semalam.


PELABUHAN KLANG: Seorang penjenayah yang gian melakukan jenayah selepas mengambil syabu dalam setiap daripada 23 kes lampau ditembak mati di Taman Bayu Perdana di sini, awal pagi semalam, beberapa minit selepas menjual barangan curi.

Lelaki tempatan berumur 28 tahun terbabit bersama kumpulannya hanya akan melakukan jenayah apabila berada di bawah pengaruh dadah.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian jam 4 pagi itu, penjenayah terbabit ditembak mati di depan sebuah kedai komputer.

“Suspek dan kumpulannya hanya akan melakukan jenayah ketika berada di bawah pengaruh dadah dan biasanya jenis syabu.






“Ini mungkin bagi memastikan mereka berani ketika melakukan jenayah khasnya samun bersenjata api,” katanya, semalam.


Menurut beliau, ketika kejadian, suspek baru menjual hasil rompakan di kedai berkenaan apabila dia cuba ditahan polis.

Bagaimanapun, suspek yang menyedari diekori polis melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

“Bagi mempertahankan diri, polis membalas tembakan itu menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

“Polis turut merampas pistol jenis Colt .45 digunakan suspek selain menahan dua pekerja kedai komputer berkenaan untuk membantu siasatan kerana disyaki membeli barangan curi,” katanya.

Sebuah kereta jenis Toyota Wish milik suspek juga dirampas. Hasil pemeriksaan, polis menemui sebilah parang dan gari di dalam kenderaan yang dipercayai dicuri itu.

Menurut Jamshah, hasil penahanan dua pekerja serta kematian penjenayah terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes samun senjata api, pecah rumah dan curi kereta mewah membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit di sekitar Sepang, Rawang, Kajang serta Ampang sejak Februari lalu.

“Operasi memburu tiga lagi rakan suspek giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mereka supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya.

p/s: dasar matpet :eek::eek:
 
Sponsored Post

o_o2o_o3

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
3,979
Reaction score
144
Points
33
Tembak mati senang tutup kes... takyah susah2 nak memimirkan apa nak jawab kat mahkamah :D
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
hurm....

tak sempat nak kembali ke jalan yang benar....

kesian...:(
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
hurm....

tak sempat nak kembali ke jalan yang benar....

kesian...:(

jalan yang benar tuh cemana sunan?..:">

ada tulis kat sign board ke 'jalan yang benar'

cenggitu?..:">
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
mampus cepat ckit.......
buat menyemak negara jer
MachineGun.gif
 

JiwaTenang

Active Member
Joined
Sep 9, 2008
Messages
2,023
Reaction score
23
Points
30
ni la yg aku takut..bile nak menyamun jer guna dadah sentetik supaya jadi berani.aku ade baca asal usul dadah sintetik ni dari saintis HITLER, di gunakan oleh tentera NAZI GERMAN supaya diorang tak takut bile berdepan dengan musuh.
 

shah08

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
2,625
Reaction score
5
Points
25
penangan syabu nie mmg hebat...
berani tuhh...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
well, kematian itu adalah lebih baik untuknya..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ramai lagi tu penjenayah bersepah2..
kasi habis...

kutip2 saman tu tangguh dulu aa..
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Ya paling bahayanya..utk sama2 renungkan....bila diaorg dah stim syabu...pastu berani menggunakan senjata api utk merompak lagi BAHAYA....sb lagi kesian kalau ada jiwa2 yg tak berdosa terkena tembakan si penjenayah yg di bawah pengaruh syabu ni sb diaorg dah hilang pertimbangan...tambah2 kalau jiwa yg tak berdosa tu ada anak bini ..... renung2kan....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register