Penjenayah berputih mata, alat penggera premis dipecah berbunyi

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AMPANG - Seorang penjenayah berputih mata apabila cubaan merompak sebuah premis pengedaran barang dan pakaian sukan itu gagal apabila alat penggera di situ berbunyi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek cuba memasuki premis itu dengan mengumpil mangga jeriji besi sebelum memecahkan pintu kaca dengan objek keras.

Menurut sumber, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan datang ke premis itu dengan motosikal dan memakai topi keledar.

“Lelaki itu kemudian meluru ke kaunter tunai dan mengopak kunci laci juruwang yang berisi wang syiling, sebelum melarikan diri akibat panik sebaik alat penggera berbunyi,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan, hasil siasatan mendapati sebuah peti besi mengandungi tunai RM10,000 dalam premis dalam premis itu tidak diusik.

Dalam pada itu, pengurus jualan premis berkenaan mengetahui kejadian berkenaan selepas alat penggera keselamatan berbunyi dan turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/penje...lat-penggera-premis-dipecah-berbunyi-1.148068
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Kedai sukan mana ni?? xde pak guard jaga ke?
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
AMPANG - Seorang penjenayah berputih mata apabila cubaan merompak sebuah premis pengedaran barang dan pakaian sukan itu gagal apabila alat penggera di situ berbunyi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek cuba memasuki premis itu dengan mengumpil mangga jeriji besi sebelum memecahkan pintu kaca dengan objek keras.

Menurut sumber, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan datang ke premis itu dengan motosikal dan memakai topi keledar.

“Lelaki itu kemudian meluru ke kaunter tunai dan mengopak kunci laci juruwang yang berisi wang syiling, sebelum melarikan diri akibat panik sebaik alat penggera berbunyi,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan, hasil siasatan mendapati sebuah peti besi mengandungi tunai RM10,000 dalam premis dalam premis itu tidak diusik.

Dalam pada itu, pengurus jualan premis berkenaan mengetahui kejadian berkenaan selepas alat penggera keselamatan berbunyi dan turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/penje...lat-penggera-premis-dipecah-berbunyi-1.148068
letak sepuluh ribu dalam kedai, mmg naya la
 

dhaniel

Active+ Member
Joined
Jun 27, 2012
Messages
2,688
Reaction score
3
Points
35
nasib baik duit 10k tak kena rembat...klu tak teriak tak berlagu ler
 
Sponsored Post
Top
Log in Register