Penjelasan sains : Seks, B*** & Janggut

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
Penjelasan sains : Seks, Bab1 & Janggut
Berikut adalah isi-isi penting temubual dengan Dr. Jamal Al-Din
Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California
University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:


Jamal Al-Din Ibrahim:
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun
1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan
pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa
empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan
200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.

Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih
dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana
hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.

Apabila seorang wanita itu melakukan
hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki...
Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila
seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan
sama seperti kad pengenalan. Jadi, lelaki ini sekarang mempunyai
kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi.

Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma
lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut.
Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau.
Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat
dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa
melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan
kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan
hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.

Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi...

Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang
masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila
usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun
terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah
payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.

Pengacara: Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan
berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.

Makan daging b*** pula boleh menyebabkan seseorang itu bekerja
kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi
lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.

Tabiat makan daging b*** didapati boleh melemahkan keupayaaan
seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk
mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: Pemakan b*** tidak mempunyai semangat patriotik?

Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia
merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi
melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan bangga seseorang,
dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon
ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi
daging b*** pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang
pemakan b*** boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.

Mengenai janggut pula, beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan
cemerlang dalam mengubati masalah impoten (mati pucuk) dengan
hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan
penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai
masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang,
kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya
dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron
meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.

Interviewer: SUBHANALLAH!



sumber

Untuk isi penuh boleh lihat kat utube:
http://www.youtube.com/watch?v=2Ns5PhqzElg
 
Last edited:
Sponsored Post

revolver

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2009
Messages
3,142
Reaction score
110
Points
33
US kaper lahat... kata negara arab tak bagi kebebesan kat golongan wanita, padahal depa lagi s!al.
 

krixx

Fun Poster
Joined
Mar 31, 2006
Messages
134
Reaction score
0
Points
10
Info tentang janggut tu baru tau,thank TT..
 

ZURA-SAN

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2010
Messages
13,035
Reaction score
21
Points
120
empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan
200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
fuh..bahaya ni.....
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
mantappppp allahuakbar.........
 

baby_merc

Active Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
1,084
Reaction score
11
Points
25
Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia itu hambaNya yang paling sempurna. Subhanallah.
 

azruddiey

Fun Poster
Joined
Aug 9, 2006
Messages
629
Reaction score
7
Points
15
Buka Diorang pakai kondom ke... gila penyakit kalau tak pakai kondom tu.
 

hatisuka

Active Member
Joined
Sep 2, 2007
Messages
1,904
Reaction score
79
Points
30
Tidak rugi mengamal sunnah nabi S.A.W .... :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register