Penjelasan Firdaus Wong: Ceramah Motivasi Difitnah Tuduhan Islamisasi Di Sekolah

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Penjelasan Firdaus Wong: Ceramah Motivasi Difitnah Tuduhan Islamisasi Di Sekolah

Firdaus Wong Wai Hung
6 Julai jam 4:46 PTG ·
[Penjelasan Tuduhan Islamisasi Di Sekolah]

Saya mendapat maklumat sahih bahawa ada pihak yang sedang cuba mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman tentang program saya di beberapa sekolah di Kulim beberapa hari lepas untuk dijadikan isu kontroversi.

Tetapi Alhamdulilah, sahabat saya dalam media lebih awal memberitahu sebelum mereka sempat untuk menjadikannya berita kontroversi. Berikut adalah penerangan program-program saya di sekitar sekolah di Kulim, Kedah!

~SMK Lunas~

Saya dijemput untuk memberikan motivasi kepada semua pelajar tingkatan 4 (semua bangsa & agama) pada 3/7/2019 dengan tajuk, ‘Menjadi Manusia Cemerlang’. Guru Muslim & Belum Muslim turut serta malahan Guru Penolong Kanan Belum Muslim turut hadir.

Program bertujuan membantu pelajar melihat dari sudut yang berbeza apa itu definisi cemerlang dalam kehidupan & cemerlang tidak semestinya berbentuk materialistik. Ini kerana tekanan kepada akademik sehingga ada pelajar yang membunuh diri hanya kerana tidak mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan.

Setelah program berakhir, saya dijemput oleh Guru Penolong Kanan SMK Lunas berbangsa India iaitu Cikgu Nagasarau untuk berbincang. Saya pernah bertemu dengan Cikgu Nagasarau sebelum ini dan beliau yang sangat objektif & setelah melihat ceramah saya kepada pelajar, beliau menceritakan masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan peralihan, tingkatan 1 & 2.

Lalu beliau menceritakan andai bukan kerana jadual saya yang sangat padat (7 program dalam 4 hari), pastinya beliau mahu jemput saya untuk memberikan motivasi kepada mereka. Saya maklumkan bahawa ya jadual saya padat tetapi gunakan saya semaksimal mungkin (squeeze me to the max while im here) & tak perlu berfikir pasal bayaran kerana yang penting adalah kita dapat memotivasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

Akhirnya kami bersetuju untuk membahagikan pelajar tingkatan peralihan, 1 & 2 kepada dua kumpulan iaitu pelajar Cina untuk sesi Bahasa Cina & juga pelajar Melayu & India untuk sesi Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman. Sesi ini berlangsung pada 4/7/2019 dari jam 12.45pm-2pm.

Saya memulakan sesi bersama Robert Ta untuk sesi Bahasa Cina bersama pelajar Cina manakala Aiman Banna memulakan sesi bersama kumpulan dua. Sesi saya bersama pelajar Cina juga dihadiri 2 guru Cina Belum Muslim.

1. Hidup mesti adalah matlamat. Manusia yang tiada matlamat seumpama sebuah kapal laut berlayar ke samudera tanpa tujuan. Pasti akan habis minyak dan makannnya dan akhirnya tersadai.

2. Hidup mesti ada impian & impian tidak semestinya dalam bentuk material. Tidak salah mengimpikan material tetapi jangan menjadikannya matlamat yang tertinggi kerana ada yang kaya dengan cara yang salah di sisi undang-undang seperti menipu, rasuah dan pecah amanah. Impian boleh dalam bentuk menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain dan kegembiraan tanpa terbeban dengan tekanan hidup akibat dari ketamakan material yang melampau.

3. Enjoy every moment of your Life the right way. Bila bermain, pastikan fokus bermain, bila belajar, fokus belajar. Yang penting jangan menyesali kehidupan yang lepas kerana kita tidak buat yang terbaik.

4. Jaga pergaulan. Jangan sampai digunakan oleh samseng di luar menjadi keldai dadah hanya kerana sedikit imbuhan tetapi penyesalan adalah selama-lamanya. Perempuan jangan termakan pujuk rayu lelaki durjana di luar yang senantiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan terhadap anda.

Setelah selesai sesi saya dan saya mahu bergegas menuju ke sesi bersama kumpulan dua, Cikgu Puan Chuah bertemu dengan saya di luar dewan dan beliau bersetuju dengan apa yang saya sampaikan kepada pelajar dan harap kami dapat kembali untuk memotivasi pelajar Cina dalam Bahasa Mandarin.

Semasa saya sampai di dewan terbuka, Aiman Banna sedang menghabiskan sesinya dengan semua pelajar Melayu & India masih mendengar dan kemudian beliau memperkenalkan sedikit biodata saya dan antaranya pengalaman berceramah di 5 benua dan antaranya anak murid Dr. Zakir Naik.

Selepas beberapa minit berceramah, saya mula nampak beberapa pelajar India mula bangun setelah diarahkan oleh guru India. Dalam 2-3 minit selepas itu, kesemua pelajar India bangun meninggalkan dewan tatkala saya sedang berceramah dan meninggalkan hanya pelajar Melayu.

Apakah isi kandungan terlalu sensitif sehingga mahu dijadikan isu kontroversi? Semasa program bersama pelajar Muslim sahaja, kami isikan dengan ajaran Islam. Apabila bersama dengan pelajar lain, isi ceramah adalah umum.

Di sekolah-sekolah lain, ya saya berceramah agama tetapi program itu diadakan untuk pelajar Muslim dan pelajar Belum Muslim tidak diwajibkan hadir dan terpulang kepada diri mereka mahu hadir atau tidak.

Saya berharap individu yang ingin mencetuskan kontroversi dengan program motivasi sebegini tanpa menyiasat atau terlalu emosional untuk berfikir secara rasional. Jangan lupa saya juga dijemput ke program kementerian dan juga agensi kerajaan yang dihadiri mereka yang Belum Muslim dan mereka menerima baik perkongsian ceramah saya!

Kenapa perlu sensitif sangat atau ada agenda yang tersembunyi? Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala lindungi keamanan dan keharmonian negara kita. Allahuma Ameen








https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157414766658629?__tn__=K-R
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung
9 Julai jam 4:29 PTG ·
[Kontroversi Ceramah Motivasi Difitnah Islamisasi]

1. Program saya di SMK Lunas bersama pelajar Cina berjalan lancar dan disukai oleh cikgu Cina selepas mereka mendengar dari awal sampai habis.

2. Program saya di SMK Lunas bersama pelajar Melayu & India tergendala apabila pelajar India diminta keluar oleh guru berbangsa India walaupun saya baru berceramah kurang dari 10 minit.

3. Apakah adab & nilai yang guru tersebut sedang terapkan kepada pelajarnya dengan kelakuan yang sebegitu rupa?

4. Program saya bersama pelajar tingkatan peralihan, 1 & 2 SMK Lunas adalah atas jemputan guru penolong kanan India yang Belum Muslim!

5. Ramai yang perasan pandai dan hebat komen seolah-olah mereka berada di dalam ceramah saya. Jangan risau, kami sedang kumpulan komentar 'bijak pandai' seolah-olah anda tahu apa yang diucapkan saya dalam ceramah di situ. Kami ada rakaman penuh ceramah yang pastinya berbeza dengan segala tohmahan dan cerita rekaan anda semua.

6. Program saya di sekolah sekitar Kulim dari 3-6 Julai 2019 diterima baik sehinggakan pihak penganjur di sana telah menerima hampir 10 permohonan dari pihak institusi sekolah & masjid sekitar Kulim, Pendang, Baling & Sg Petani untuk memberikan ceramah di sekolah mereka dan ada jemputan yang datang dari guru Belum Muslim!

Semoga Allah Subhanu Wa Ta'ala kurniakan keterbukaan minda dan kefahaman buat kita semua. Allahuma Ameen..



[ame]https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157422541198629?__xts__[/ame]
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung
9 Julai jam 7:28 PTG ·
Ramasamy yang tidak tahu hujung pangkal berusaha menonjolkan diri menjadi hero pula dalam isu ini. Apakah Ramasamy tidak boleh mendapat liputan media tanpa memerlukan Dr Zakir Naik serta isu berkaitan dengan Islam? Apa yang Ramasamy mahukan sebenarnya?
.
Soalan saya kepada Ramasamy, apakah anda memberikan komen kerana ditanya wartawan tanpa mengetahui apa yang terjadi (menonton rakaman dan sebagainya) atau anda berada di lokasi ketika saya ceramah? Harap wartawan tanya Ramasamy dan dapatkan jawapannya.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #fitnahltte #ramasamyltte #islamophobic



[ame]https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157422787278629?__xts__[/ame]
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Ramasamy questions if ministry aware of 'subtle preaching' in schools

Published: 9 Jul 2019, 5:17 pm | Modified: 9 Jul 2019, 5:17 pm



Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy today questioned if the Education Ministry is aware of the "subtle preaching" going on in schools, in the wake of a talk held by Islamic preacher Firdaus Wong at SMK Lunas in Kulim.

"Have they given their blessings to such programmes? If they have not, they must investigate," Ramasamy told Malaysiakini...

https://www.malaysiakini.com/news/483076
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung
11 Julai jam 1:06 PTG ·
Dulu semasa Dr Maszlee Malik mahu dilantik menjadi Menteri Pendidikan, mereka membantah dengan alasan latar belakang Islamik beliau walaupun Dr Maszlee juga seorang aktivis. Mereka membantah sebelum mendengar apakah perancangan beliau untuk memajukan pendidikan negara. Mereka bantah selagi seseorang itu membawa imej Islamik.
.
Program ceramah motivasi saya di sekolah juga dibantah dan mahu diperbesarkan bukan kerana mereka pernah mendengar apakah inti perkongsian saya tetapi tidak lain tidak bukan kerana saya membawa imej islamik dan juga anak murid Dr Zakir Naik.
.
Hampir setiap penceramah motivasi yang dijemput ke sekolah atau institusi mengikuti agama-agama tertentu. Apakah anda tidak membantah kerana anda tidak kenal mereka atau anda hanya membantah program saya kerana anda kenal saya?
.
Anda nak melabel saya apa sekalipun silakan. Anda nak berikan gelaran buruk kepada saya sekalipun silakan. Saya tidak marahkan anda malahan kesian kepada anda. Anda begitu Islamophobic tetapi menafikan anda adalah Islamophobic.
.
InshaAllah untuk program saya di sekolah yang akan datang, saya akan meminta pihak sekolah menjemput ibubapa untuk turut hadir dan jikalau mereka mahu rakam, silakan tiada masalah kerana tiada apa yang ingin disembunyikan. Berani kerana benar.
.
Buat yang telah memfitnah saya, InshaAllah tidakan undang-undang akan diambil terhadap anda tanpa mengira anda adalah seorang ahli politik atau seorang yang ternama. Rule of law.
.
*Lihat dalam gambar, apakah pelajar-pelajar ini nampak sedih dipaksa mendengar ceramah agama Islam atau nampak ceria mendengar ceramah motivasi? Akal dan minda yang sihat pasti dapat melihat kegembiraan mereka selepas dimotivasi.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahmotivasifirdauswong #islamophobia #islamophobic #muslimphobic #halalphobic @ Multiracial Reverted Muslims - MRM








[ame]https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157427087128629?__xts__[/ame]
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
MIC cadang KPM rakam program individu dari luar kementerian di sekolah


Diterbitkan 10 Jul 2019, 2:31 tengahari | Dikemaskini 10 Jul 2019, 2:31 tengahari



Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan semua program yang dihadiri individu-individu yang tidak berkaitan dengan kementerian.

M Veeran berkata, ia adalah bagi mengelakkan salah faham antara pihak penganjur dengan orang ramai yang kadangkala tidak puas hati dan mendakwa program-program sedemikian disalah gunakan oleh pihak tertentu.

"Selepas kontroversi program di SMK Lunas (Kedah), saya sarankan KPM supaya membuat rakaman semua program yang dianjurkan di perkarangan sekolah yang melibatkan orang luar.

"Ini akan meringankan KPM untuk membuat sebarang rujukan terhadap program-program yang dirakamkannya, pada masa depan termasuk sekiranya ada laporan polis terhadap program tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Program ceramah motivasi di SMK Lunas, Kedah, baru-baru ini menjadi kontroversi selepas beberapa pihak mempersoalkan kehadiran Firdaus Wong sebagai penceramah yang mencetuskan rasa kurang puas hati dalam kalangan penganut Hindu di negara ini.

Firdaus Wong yang sering memperkenalkan diri sebagai anak murid pendakwah Dr Zakir Naik didakwa membuat 'ceramah agama' kepada pelajar bukan Muslim.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mengecam kewajaran KPM membenarkan pendakwah agama seperti Firdaus berceramah dalam kalangan pelajar bukan Muslim.

Ramasamy turut mempersoalkan sama ada KPM sedar tentang program tersebut yang disifatkannya sebagai "pengajaran halus" yang berlaku di sekolah itu.

"Atau adakah mereka merestui program tersebut? Jika mereka tidak restui, mereka mesti siasat," kata Ramasamy kepada Malaysiakini.

"Adakah kita sekarang membenarkan Islam untuk berceramah kepada kanak-kanak bukan Islam?" katanya lagi.

Bagaimanapun, Firdaus mempertikai dakwaan tersebut dengan mempertahankan dirinya bahawa dia hanya membuat ceramah motivasi.

Firdaus berkata program itu bertajuk 'Menjadi Lelaki Cemerlang' yang turut melibatkan guru-guru Islam dan bukan Islam adalah bertujuan untuk membantu pelajar melihat dari sudut yang berbeza untuk menuju kehidupan yang cemerlang tanpa menjadi materialistik.

Menyifatkan insiden ini sebagai salah faham, Veeran mendakwa pendekatan "berdiam diri" KPM dalam isu itu menyebabkan banyak pihak bertikam lidah.

"Dulu kita tidak ada isu-isu sebegini. Kalau ada pun tak banyak. Tapi, sekarang kita boleh nampak banyak perkara dibangkitkan seolah-olah, KPM tidak dikawal. Lebih menyedihkan, setiap kali adanya isu, KPM mengambil sikap 'kunci mulut'.

"Dengan menteri (Mazlee Malik) dan timbalannya (Teo Nie Ching) tidak dapat kawal isu-isu sebegini, kami (MIC) cadangkan KPM meletakkan syarat baru bahawa perlu membuat rakaman di program-program dianjurkan di sekolah," kata Veeran.

Tegasnya, dengan adanya rakaman, peluang menyalahgunakan program-program seumpamanya sangat tipis.

https://www.malaysiakini.com/news/483224
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung
11 Julai jam 6:15 PTG ·
Alhamdulilah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah keluarkan kenyataan rasmi dan seterusnya menafikan tohmahan serta fitnah dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
.
Barangkali guru berbangsa India salahfaham atau ada pihak yang menghasut sehingga mereka membawa pelajar India keluar dari dewan sedangkan pelajar dan guru Cina mendengar ceramah saya sehingga selesai dan berpuas hati.
.
Tindakan guru berbangsa India mungkin perlu disiasat untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik mereka kerana dengan meminta murid berbangsa India keluar dari dewan ketika ceramah anjuran pihak sekolah sedang berlangsung seolah-olah sedang mendidik mereka untuk tidak hormat kepada Guru Penolong Kanan Belum Muslim yang berbangsa India yang menjemput saya.
.
Saya risau andai ada pihak menggunakan guru untuk menyemai kebencian terhadap program rasmi sekolah yang didasari Rukun Negara serta Perlembagaan Negara. Bukan salah pelajar India tetapi saya risau mereka menjadi mangsa dalam isu ini. Mohon pihak KPM untuk siasat.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahfirdauswong #motivasifirdauswong @ Multiracial Reverted Muslims - MRM




[ame]https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157427458018629?__xts__[/ame]
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
KPM: Tiada unsur sensitiviti agama, kaum dalam ceramah Firdaus Wong

Diterbitkan 11 Jul 2019, 5:00 petang | Dikemaskini 11 Jul 2019, 5:00 petang



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa tiada sebarang unsur yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum sepanjang sesi ceramah Firdaus Wong dalam program di sekolah di Kulim awal bulan ini.

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas menjemput Firdaus sebagai penceramah motivasi untuk bercakap mengenai "sahsiah unggul murid".

"Sepanjang sesi ceramah, tiada sebarang unsur yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum yang disentuh oleh Firdaus kerana pihak sekolah telah pun memaklumkan beliau perkara-perkara yang perlu dielakkan demi keharmonian warga sekolah, guru dan murid.

"Menjadi dasar KPM untuk pihak sekolah berhati-hati apabila mengundang penceramah dalam mana-mana program sekolah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa KPM sudah memanjangkan peringatan kepada semua pengetua dan guru besar mengenai kaedah pemilihan penceramah supaya tidak menimbulkan prasangka yang tidak baik atau rasa tidak senang dalam kalangan warga sekolah, guru dan murid.

Selasa lalu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy mempersoalkan kewajaran KPM membenarkan Firdaus berceramah dalam kalangan pelajar bukan Muslim.

Ramasamy turut mempersoalkan sama ada KPM sedar tentang program tersebut yang disifatkannya sebagai "dakwah halus" yang berlaku di sekolah itu.

Ramasamy berkata demikian sebagai respons kepada kiriman tular dari Facebook Firdaus pada program 4 Julai itu, yang mana dia memaklumkan bahawa dia dan dua penceramah lain bercakap di hadapan pelajar tingkatan 1 dan 2.

Dalam kiriman Facebooknya, Firdaus, yang sering memperkenalkan diri sebagai anak murid pendakwah Dr Zakir Naik berkata pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan - antara kumpulan pelajar Cina dan campuran kumpulan pelajar Melayu dan India.

Firdaus juga berkata bahawa tumpuan utama penceramah adalah untuk berdakwah, bukannya untuk bayaran dari ceramah yang disampaikan.

Selepas kiriman itu tular, Firdaus mengeluarkan kenyataan dengan berkata bahawa dia dan dua penceramah lain bercakap tentang perkara umum di hadapan pelajar bukan Muslim.

Firdaus berkata program itu bertajuk 'Menjadi Lelaki Cemerlang' yang turut melibatkan guru-guru Islam dan bukan Islam adalah bertujuan untuk membantu pelajar melihat dari sudut yang berbeza untuk menuju kehidupan yang cemerlang tanpa menjadi materialistik.

https://www.malaysiakini.com/news/483404
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,450
Reaction score
11,770
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung
Semalam jam 3:34 PTG ·
Masih ada lagi pihak yang tidak berpuashati setelah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kenyataan rasmi membersihkan saya dari sebarang tuduhan dan fitnah jahat. Kali ini dari seorang aktivis bernama Stanley Sudhagaran.

Beliau ada beberapa tuntutan dan mendesak pihak KPM untuk menjawab. Saya ingin memberikan beliau pencerahan tanpa perlu untuk menyusahkan KPM;

1. "Would the MOE allow a priest or pastor to give motivational talks to non-Muslims students? They should answer honestly, " asked Penang-based activist Stanley Sudhagaran.

✔ Sama ada dia sedar atau tidak atau beliau hidup di dalam khayalan. Tidakkah dia tahu bahawa ada sekolah yang memang menjemput pendeta agama masing-masing untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar? Malahan barangkali ada paderi dan missionari juga merangkap penceramah motivasi.

Saya secara peribadi tiada masalah untuk paderi, sami atau sesiapa untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Muslim sekalipun. Stay on the topic dan saya percaya majoriti Muslim pun tiada masalah.

2. "The issue at stake here is not about what preacher Firdaus Wong (photo, above) was teaching. It is about him giving the talk," Stanley told Malaysiakini.

✔ Mungkin ini isu utama yang beliau mahu highlight iaitu bukan isi kandungan saya yang bermasalah tetapi mereka tak setuju saya yang berceramah. Apakah semua program juga mahukan persetujuan mereka?

Ini saling tak tumpah seperti Waytha Moorthy Ponnusamy yang mempertikaikan kenapa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menjemput Dr Zakir Naik memberikan khutbah.

3. He pointed out that Firdaus addressed non-Muslims as 'belum (not yet) Muslims'.

✔ Saya telah menjawab dengan panjang lebar di sini > [ame]https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2126029184174723?s=773088628&sfns=mo[/ame] .


Firdaus Wong Wai Hung
9 Julai jam 4:56 PTG ·
[Terasa Dihina Dengan Label Belum Muslim]

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan 'BELUM' bermaksud;

"Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu."

Maksudnya perkataan 'belum' ini merujuk kepada keadaan seseorang pada waktu itu.

'Kenapa lapar?' Kerana 'belum' makan.
'Kenapa tak tahu jawapan?' Kerana 'belum' belajar'

Perkataan 'belum' juga boleh digunakan untuk melembutkan perkataan lain yang mungkin lebih kasar seperti;

Bodoh = Belum Pandai
Hodoh = Belum Cantik
Benci = Belum Suka

Maka apabila ada segelintir yang marahkan kami kerana menggunakan label 'belum Muslim' kepada sahabat kita yang kafir. Mereka tidak suka dipanggul 'belum Muslim' tetapi lebih suka dipanggil Bukan Muslim. Panggilan kafir pun tidak disukai.

Lalu mereka bertanya kembali apakah saya sebagai Muslim kalau mereka memanggil saya 'belum murtad'? Maka jawapan saya adalah, 'terpulang kepada anda kerana itu doa anda.' Saya tiada hak untuk anda berdoa untuk saya murtad sebagaimana saya tiada hak untuk menghalang anda untuk mendoakan yang anda rasa baik menurut agama anda untuk orang lain.

Kami menggunakan perkataan 'belum Muslim' kerana sebagai Muslim saya diajar untuk bercakap baik atau diam serta selalu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Maka kami memanggil 'belum Muslim' sebagai doa kami agar suatu hari yang 'belum Muslim' ini akan menjadi Muslim. Ameen.

Kewajipan setiap Muslim adalah untuk menyampaikan Islam agar mereka yang Muslim & belum Muslim akan kembali taat kepada perintah dan larangan Allah.

Adakah kami perlu berhenti menggunakan perkataan berbentuk doa seperti 'belum Muslim' kerana ada yang tidak suka? Tidak akan berhenti sama sekali. Kami menghormati anda sebagai penganut agama lain yang memiliki cara tersendiri berdoa dan kami sebagai Muslim ada juga cara kami berdoa.

Sebagaimana adakalanya anak-anak tidak suka belajar dan tidak suka sesuatu tetapi ibubapa tetap mahu doakan anaknya berjaya dalam pembelajaran, begitu juga kami sedar penggunaan perkataan 'belum Muslim; itu tidak disukai oleh segelintir tetapi kami tetap akan mendoakan agar suatu hari sahabat-sahabat yang 'Belum Muslim' akan menjadi Muslim. Allahuma Ameen.

*Jangan diadakan petisyen untuk mengubah definisi 'belum' dari mana-mana kamus pula ya andai tidak mampu menjawab penulisan kami secara akademik dan rasional.



Andai gelaran itu menjadi isu, persoalan saya untuk Stanley ialah apakah beliau bersetuju saya memanggilnya sebagai ‘KAFIR’ atau ‘MUSYRIKIN’ sebagaimana Allah Subhanu Wa Ta’ala menggunakannya di dalam Al-Quran?

Andai beliau tidak bersetuju dan hanya mahu dipanggil ‘Non-Muslim’ sahaja, bukankah beliau menafikan hak orang Islam menggunakan perkataan dalam Al-Quran?

4. Stanley urged the MOE to immediately instruct all schools from disallowing Firdaus to preach to non-Muslim students regardless of the topic.

✔ Apakah para cikgu atau ustaz ustazah yang mengajar pelbagai subjek di sekolah pula akan tidak dibenarkan mengajar murid ‘non-Muslim’ andai tuntutan tidak munasabah mereka ini dipenuhi.

InshaAllah pada program saya yang akan datang di sekolah, saya ingin menjemput Stanley dan sahabatnya untuk hadir dan dipersilakan membuat rakaman (andai mendapat persetujuan pihak sekolah yang menjemput) dan nilai sendiri isi kandungan ceramah saya.

Ops maaf saya terlupa, dia bukan ada isu dengan isi kandungan ceramah saya tetapi dia ada masalah saya yang berceramah. Saya tidak terhegeh-hegeh lobi berceramah di mana-mana termasuk sekolah dan saya memenuhi jemputan andai saya berkelapangan.







[ame]https://www.facebook.com/firdauswongwaihung/posts/10157429659768629?__xts__[/ame]
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,952
Reaction score
744
Points
121
Senak puak2 pakatan hancing naik ni, nak org islam nak berdakwah pun banyak halangan....tak baca perlembagaan ke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register