BTC USD 62,644.2 Gold USD 1,745.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Penjelajahan Manusia Ke Marikh - Bolehkah Ia Di Capai ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,294
Reaction score
3,816
Points
236
Penjelajahan manusia ke Marikh sudah dipertimbangkan untuk berdekad lamanya. Usaha-usaha untuk membawa manusia ks planet ini telah dijalankan seawal 1950, yang mana menjangkakan manusia akan tiba di sini pada 10 hingga 30 akan datang sekiranya mengikut perancangan awal. Namun hanya pada tahun 2010, penjelajahan ini mula diperkatakan kembali, selepas kerjasama manusia daripada antara benua mula diwujudkan.

Pada saat ini, terrdapat dua pihak utama yang ingin menghantar manusia ke Marikh. NASA dikatakan akan menghantar manusia pada tahun 2030, sementara SpaceX ingin melakukannya seawal 2024. Sejak kebelakangan ini juga, banyak filem telah memperlihatkan penerokaan ini, seperti The Martian yang sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana manusia berada di sana.


Penghantaran manusia yang berjaya ke sana akan dijadikan sebagai titik permulaan untuk manusia tinggal di Marikh. Saintis dapat mengenal pasti sejumlah perkara saintifik dengan lebih efektif, selain dapat memulakan tamadun awal manusia di sana. Namun persoalannya, bagaimana kita dapat menuju ke sana? Sekiranya berjaya, bolehkah kita tinggal di sana untuk tempoh tertentu?

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sumber di Marikh dan Bumi adalah sangat berbeza. Atmosfera di Marikh kebanyakannya terdiri daripada karbon monoksida, disamping suhu di sana juga terlalu sejuk untuk menampung kehidupan manusia. Graviti di sana juga hanya 38% daripada bumi, sekaligus memerlukan penelitian semula untuk sesuatu objek dapat berfungsi di sana.



Marikh dipilih sebagai planet yang berpotensi untuk pengambaraan manusia kerana ia merupakan planet terdekat daripada Bumi. Ia mempunyai jarak 54,717,696 km daripada bumi dan mengambil masa 6 bulan untuk perjalanan sehala – sekiranya ia menggunakan teknik pergerakan yang praktikal untuk ke sana. Pada tahun 2014, pihak saintis telah mencadangkan untuk menggunakan teknik “ballistic capture“, yang mana dapat menjimatkan kos dan menyediakan perjalanan yang lebih selamat.

Namun cabarannya adalah untuk menghasilkan sebuah kapal angkasa penumpang, yang mana perlu diuji dan diteliti sebelum manusia awal dapat ke sana. Ia perlulah pantas, boleh dipakai semula, dan mampu untuk mendarat di atas permukaan Marikh dengan selamat. Ia juga perlu mempunyai saiz yang mencukupi untuk menampung sumber pembakaran dan muatan yang diperlukan untuk memulakan kehidupan di sana.

Bercakap mengenai kehidupan, NASA sudah mula mempertimbangkan jenis kehidupan atau habitat yang diperlukan untuk membolehkan manusia tinggal di sana. Habitat yang diperlukan ini turut mempunyai persamaan seperti kita – yang mana ia mestilah boleh dikembangkan, dilindungi untuk menahan atmosfera yang nipis, dan mampu untuk menyokong kehidupan lain – tanpa bantuan daripada Bumi pada jangka masa tertentu. Habitat yang dimaksudkan ini adalah seperti tumbuhan yang akan dijadikan sebagai sumber makanan di planet ini.

Tumbuhan dipilih kerana ia mempunyai saiz biji benih yang kecil, sekaligus memudahkan ia dibawa ke dalam kapal angkasa. Tidak seperti haiwan ternakan, ia mempunyai saiz yang besar dan perlu menjaganya dengan rapi ketika di dalam perjalanan ke sana. Tumbuhan juga boleh dihidupkan daripada mula – yang mana ia hanya memerlukan proses tanaman saintifik untuk memulakan pertumbuhannya.

Dengan teknologi pemakanan yang semakin berkembang, makanan berasaskan tumbuhan ini boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk – tidak semestinya ia dijadikan dalam bentuk sayuran. Ia boleh dijadikan sebagai alternatif daging, seperti mana yang dilakukan oleh pihak Impossible Foods dalam menghasilkan pemakanan seumpama diambil daripada haiwan. Tanaman seperti gandum juga boleh dijadikan sebagai makanan ruji untuk penghasilan makanan berasaskan roti dan bijirin.

Melalui proses tanaman ini, ia sedikit sebanyak ia dapat memberi bekalan oksigen semula jadi kepada manusia. Cuma dari segi bekalan air, ia agak sedikit sukar kerana sumber air di Marikh adalah sangat terhad. Walau bagaimanapun, proba angkasa MARSIS (Mars Advanced Radar for Subsurface and Ionosphere Sounding) telah menjumpa itasik selebar 20 km terletak 1.5 km di bawah permukaan tasik beku di kutub selatan planet ini. Apa yang menarik, air yang ditemui tidak membeku walaupun suhu mencecah -68° C, kerana kewujudan garam natrium, magnesium, dan kalsium serta tekanan tinggi merendahkan tahap beku air.

Planet Marikh

Cabaran seterusnya adalah bagaimana manusia dapat hidup di dalam suhu Marikh yang sejuk. Marikh terletak 54 juta km daripada Bumi – yang mana ia mempunyai suhu purata pada sekitar -62 °C. Suhu ini sangat sejuk untuk membolehkan air mengalir, selain menyukarkan kehidupan untuk hidup sekiranya tanpa sebarang peralatan tambahan. Marikh juga mempunyai atmosfera yang nipis, jadi ia akan memberi kesan kepada kehidupan melalui sinaran radiasi yang membahayakan.

Sebagai permulaan, manusia mungkin akan hidup 80% di dalam bahagian yang tertutup, seperti di dalam kem penempatan. Daripada sini, manusia boleh melakukan sejumlah perkara seumpama di bumi dengan lebih bebas, tanpa perlu memakai sut tambahan. Manusia boleh bercucuk tanam, dapat menikmati oksigen, dan pastinya dapat menampung kehidupan yang lebih selamat.

Jadi, bolehkah manusia menjelajah ke Marikh? Jawapannya agak sukar untuk dipastikan kerana kita belum mempunyai seseorang yang berjaya ke sana. Namun melalui proses kajian dan penyelidikan, ia mempunyai peluang untuk manusia melakukan penjelajahan ke sana. Cuma terdapat beberapa perkara yang perlu dikenal pasti dalam membolehkan ekspedisi ini berjaya – terutama dari segi pengangkutan dan kehidupan di sana.

Penjelahan manusia ke Marikh juga akan mempunyai kos perjalanan yang tinggi, jadi ia sedikit sebanyak menyukarkan orang ramai berpeluang untuk ke planet ini. Dalam masa beberapa tahun terdekat, hanya segelintir angkasawan dan mungkin hartawan yang akan menjadi manusia terawal dalam menerokai Marikh. Perjalanan ke sana akan memakan kos kira-kira $6 bilion USD (atau RM24 billion) untuk seseorang yang ingin mengikuti penjelajahan ini.

Apa yang pasti, penjelajahan manusia ke Marikh akan menjadi sejarah bagi kehidupan kita. Ia seumpama penjelajahan manusia ke bulan, yang mana ia memperlihatkan pencapaian yang tinggi untuk tamadun manusia. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih, penjelajahan manusia ke planet ini dapat menjadi persediaan awal sekiranya Bumi musnah oleh disebabkan kelalaian dan kerakusan manusia.
 
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,776
Reaction score
407
Points
141
rasa x logik..
Marikh suatu masa dulu munkin seperti bumi..
tapi disebabkan matahari makin berkurang jisim, maka planet yg jauh dari matahari mmg susah nak dpt cahaya yg cukup..
sbb tu sejuk je kat sana..elok manusia pikir utk hidup di planet kedua di sistem suria, iaitu Zuhrah..
planet ni buat masa ni masih x sesuai..tapi bile matahari makin mengecil disebabkan kekurangan jisim, maka planet ni akan ambil alih bumi dan bumi akan jadi seperti Marikh..
 
Last edited:

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
271
Points
51
Ayah pin pegi balik hari je takat marikh.
Cikai punya teknologi NASA
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,601
Reaction score
1,220
Points
201
The Martian... one of my feberet muvie... plg suke part dier gune skill botani dier utk jd sumber makanan kentang... pakai najis sdr jerk utk baja.. pastu gune wap air utk dpt kan sumber air...
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Tidak lah mustahil manusia bole tinggal ke marikh

Sebenarnya org2 kapir sudah lama mengkaji drp ibrah org islam eg cerita nabi Isa kita skrang pun tgh duduk di langit ke brapa tak ingat
Nabi kita juga pernah ke angkasa dgn kenderaan buraq

nampaknya mereka sudah maju ke depan
Berbanding kita sendiri :D
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,847
Reaction score
2,312
Points
151
logik...

kalau ikutkan ilmu manusia yg ada sekarang ni, mmg boleh je nak tinggal di marikh....

tapi nak laksanakan impian ni tersangat-sangat mencabar....
- kos (memakan belanja yang tersangat-sangat banyak)
- resources (tenaga kerja di marikh, sumber makanan di marikh, dan seumpamanya)..
- masa (untuk jadikan atmosfera marikh tu selamat seperti bumi, prosesnya mengambil masa selama beribu-ribu tahun....so dalam proses tu, mungkin manusia kena hidup BAWAH TANAH planet marikh tu....kalau nk duduk atas tanah marikh tu jugak, boleh,,,tapi nk kena bina bangunan tu susah jugak....nak kena ada tenaga kerja ramai, kos lagi,, bahan2 binaan lagi...jadi better duk bawah tanah je, jimat kos....so bayangkan lah,, beribu-ribu tahun duk bawah tanah....)
- dari segi psikologi manusia tu sendiri....(kena fikir jugak cara nak kekalkan kesihatan mental tenaga-tenaga kerja yang tinggal di marikh tu)
- bukan mental je, kesihatan tubuh badan fizikal pun sama
- dan banyak lagi keperluan-keperluan.....

tapi,,,kalaulah Quantum Computer berjaya dicipta, aku yakin misi ke Marikh ni menjadi sangat mudah...
org sekarang banyak mengkaji tentang Quantum...insyaALLAH kalau ada penemuan terbaru dalam ilmu Quantum (terutama teknologi Quantum Computer), misi ni menjadi sangat mudah.....


wallahualam...

kun fa ya kuun...
 
Last edited:

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,778
Reaction score
600
Points
81
teknologi canggih sangat pun belum tentu dapat ke marikh.
banyak aspek perlu diambil kira.

p/s: nanti terserempak dengan puak klingon pyh lg
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,847
Reaction score
2,312
Points
151
teknologi canggih sangat pun belum tentu dapat ke marikh.
banyak aspek perlu diambil kira.

p/s: nanti terserempak dengan puak klingon pyh lg

betul... kalau ikut teori atau ikut imaginasi kita, mmg boleh je...

tapi nak laksanakan tu sememangnya payah.... wallahualam
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
AS, Israel 'berurusan' dengan makhluk asing
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 21 Disember 2020
Rabu | 23 Disember 2020
918826.jpg

TEL AVIV - Seorang profesor terkemuka di Israel mendakwa rejim Tel Aviv dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) berurusan dengan makhluk asing.
Perkara itu didedahkan Jeneral Bersara, Haim Eshed yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Program Keselamatan Angkasa Israel pada tahun 1981 hingga 2010 menerusi akhbar Yedioth Ahronoth pada awal bulan lalu.

"Presiden Donald Trump hampir mendedahkan 'hubungan' itu, namun makhluk asing di Persekutuan Galaksi meminta ia ditangguhkan terlebih dahulu sehingga penduduk bumi betul-betul bersedia.
"Mereka (makhluk asing) itu enggan mencetuskan huru-hara. Ia menunggu tempoh manusia berevolusi dan memahami dengan jelas tentang angkasa lepas dan kapal angkasa," katanya yang pernah menerima anugerah daya cipta rahsia sebanyak dua kali.

Menurutnya, terdapat 'perjanjian' antara Washington dan makhluk asing terbabit.
"Kedua-duanya telah menandatangani kontrak untuk melakukan eksperimen di sini," ujarnya lagi.

Bapa kepada program keselamatan angkasa Israel itu juga menjelaskan makhluk asing terbabit melakukan penyelidikan dan cuba memahami keseluruhan struktur alam semesta.
"Ia memerlukan bantuan kita. Terdapat pangkalan bawah tanah di Marikh yang menempatkan wakil makhluk asing dan angkasawan AS," jelasnya.


Eshed juga mengakui pendedahan itu pasti mencetuskan pelbagai spekulasi dan mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kebenarannya.
"Jika saya bongkar perkara itu lima tahun lalu, pasti saya akan dimasukkan ke hospital mental kerana masyarakat akan anggap saya gila. Tetapi, saya berani mendedahkan perkara itu sekarang kerana saya tidak akan kehilangan apa-apa.

"Saya sudah memiliki pencapaian akademik yang tinggi dan pelbagai anugerah serta dihormati di universiti di luar negara," katanya. - Agensi

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,609
Points
201
Kapal.nasa da selamat mendarat kt marikh.. ade sesuatu la kt marikh ni.. aku rase tanah marikh ni maybe ada raw material yg power.. mcm nadir bumi sebb marikh kan kaler kemerah merahan.. same mcm nadir bumi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register