BTC USD 63,471.6 Gold USD 1,743.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat awam viral fitnah berdepan risiko

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Penjawat awam viral fitnah berdepan risiko
March 3, 2021
selidik-696x431.jpg

Advertisement

KOTA BHARU: Sebarang maklumat dan informasi yang diterima mesti selidik terlebih dahulu bagi mengelak timbul fitnah sehingga menjejaskan integriti khususnya penjawat awam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata,
orang ramai khususnya penjawat awam kena bertanggungjawab terhadap apa sahaja maklumat yang disebarkan.

Katanya walaupun maklumat itu bukan tulisan kita, hanya diambil daripada tangkap skrin aplikasi WhatsApp risikonya besar.

“Apa pun ada baiknya ialah kita teliti terlebih dahulu kebenarannya dan cuba dapatkan sumber berita betul, baru sebar. Ini nasihat saya untuk mendisiplinkan diri sebelum sebar berita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pegawai khas anggota Exco kerajaan negeri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu di sini berhubung isu potong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. (Foto atas)

Laporan itu dibuat Pegawai Khas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Taufiq Ramli.

Ahad lepas tular ‘200 ahli SUK Kelantan’ didakwa memotong barisan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sebelum ini seorang pakar perunding nefrologi melalui ciapan di lama Twitter memaparkan tangkap gambar mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali berhubung suntikan vaksin.

Dalam mesej tersebut mendakwa suntikan vaksin kepada barisan hadapan yang merupakan senarai pertama penerimanya terpaksa ditangguh untuk memberi laluan kepada 200 ahli SUK Kelantan. – HARAKAHDAILY 3/3/2021
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,300
Reaction score
1,320
Points
201
Harakah punya fitnah pun bnyk, siap kena saman lg....napa xambik tindakan tutup ja....bila penjawat awam buka mulut ja terus cop fitnah....padahal memang kt akui penjawat awam terikut ngn bnyk polisi....senang cerita la kena kunci mulut....walaupun bnyk benda berlaku xkena, kepada penjawat awam bertabah la....sy yg menurut perintah hahaha
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,588
Reaction score
493
Points
131
risiko is risiko la

tp kalau betul apa dia cakap

mmmm
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Dia bg warning kat dr rapidah kot
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
744
Reaction score
230
Points
23
Harakah punya fitnah pun bnyk, siap kena saman lg....napa xambik tindakan tutup ja....bila penjawat awam buka mulut ja terus cop fitnah....padahal memang kt akui penjawat awam terikut ngn bnyk polisi....senang cerita la kena kunci mulut....walaupun bnyk benda berlaku xkena, kepada penjawat awam bertabah la....sy yg menurut perintah hahaha

Aku rasa pakar tu forward mesej betul. . Dah kantoi baru suk taknak.
 
Last edited:

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,992
Reaction score
622
Points
121
Dr tu patut tunggu arahan bertulis keluar dulu, baru viralkan.
Masalahnya sekarang ni susah nak buktikan.
Orang politik ni tak kira lebai ke songkok hitam ke, sama naik jer putar belit mereka.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register