BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,989
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,989
Reaction score
5,220
Points
486
Awards
1
uangraya_1711077942.jpg

Shah Alam: Penjawat awam di negeri ini akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Bantuan Mahabbah Ramadan itu yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalurkan pada 8 April depan.

"Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri).

"Bantuan sama akan diterima dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Amirudin berkata, penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) turut menerima bantuan berjumlah RM500.

"Kumpulan pemimpin masyarakat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan.

"Turut menerima manfaat sama ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor," katanya.

Sponsored Post

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Bantuan Mahabbah Ramadan itu yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalurkan pada 8 April depan.

"Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri).

Bajet RM45000000 yang mana setiap orang terima RM1000
Jadi ada 45000 penjawat awam terlibat
 
Bukan mcm tu. RM1000 tu minima, ada yg gaji RM5500 akan dpt full gaji, yg gaji RM2750 akan dpt RN2750 lah, so jumlah penjawat awam negeri x sampai 45000
 
Bukan mcm tu. RM1000 tu minima, ada yg gaji RM5500 akan dpt full gaji, yg gaji RM2750 akan dpt RN2750 lah, so jumlah penjawat awam negeri x sampai 45000

Kalau macam tu lebih logik la
Bukan apa tuan
Selalunya dalam berita ada bagi tahu level apa ke bawah je yang terima bantuan
Apa pun terima kasih atas perkongsian 😀
 
Jumlah keseluruhan bilangan Penjawat Awam yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor (KNS) yang meliputi Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Pejabat daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri adalah sebanyak 21,374 orang yang terdiri daripada lantikan tetap seramai 17,025
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register