Penjawat Awam Perlu Lebih Kompetitif & Kalis Rasuah

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,315
Reaction score
3,056
Points
236
28.02.2020 - Shah Alam, Penjawat awam di Selangor perlu lebih kompetitif dan kalis rasuah dengan memberi penekanan kepada metrik berasaskan ruang pencapaian utama (KRA), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata anjakan paradigma perlu dibuat bagi membuang mentaliti pembangkang dan meningkatkan kecekapan kualiti serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Kalau sekitar 2010, mungkin beberapa perkara seperti sabotaj dan prasangka masih berlaku tetapi kini tidak sepatutnya berlaku lagi.

“Integriti dan kebertanggungjawaban perlu dipertahankan sehingga menjadi budaya penjawat awam, bukan sekadar meniti di bibir sewaktu pengucapan Ikrar bebas Rasuah. Saya mahu penjawat awam Selangor terkenal sebagai ‘kalis rasuah’,” katanya dalam perutusan Pemukiman Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor di Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 Februari lalu.

Pada masa sama, Amirudin berkata kepedulian kepada rakyat perlu ada pada semua penjawat awam daripada menteri besar hingga ke bawah dalam menongkah perubahan mendadak dunia yang berkecamuk.

“Apapun yang cuba diterapkan oleh Kerajaan Negeri perlu kepada penglibatan atau penyertaan awam.

“Cara kerja yang bottom-up (maklum balas peringkat awah) berbanding top-down (arahan pihak atasan) sangat penting, lebih-lebih lagi pada waktu ini cara pemikiran dan gelagat rakyat sedang bergerak ke arah penjauhan daripada punca kuasa pusat atau naratif arus perdana,” katanya lagi.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/mb-penjawat-awam-perlu-lebih-kompetitif-dan-kalis-rasuah/
 
Top
Log in Register