BTC USD 96,880.2 Gold USD 2,672.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat Awam Perak Terima Bantuan Khas Kewangan Dua Bulan Gaji Pada Disember 2024

Md Hanif

Fun Poster
Messages
788
Joined
Jun 13, 2023
Messages
788
Reaction score
58
Points
25
226e3dd78161e8d768fd03392c6078ec67495aba72f95

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad

Kerajaan Negeri Perak mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar penuh pada minggu terakhir Disember ini.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengumumkan perkara berkenaan berkata bantuan berkenaan termasuk kepada semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua kampung serta petugas di bawah kontrak Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP).

"Sebagai tanda penghargaan atas segala curahan bakti diberikan oleh seluruh kakitangan negeri Perak, maka dengan ini saya ingin mengumumkan sebanyak dua bulan gaji berasaskan kepada gaji akhir November 2024.

“Bayaran akan dibuat pada Disember ini, insya-Allah," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM69.79 juta di bawah fokus kelestarian alam sekitar dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap alam sekitar bagi memastikan sumber semula jadi tidak terancam dalam melaksanakan pembangunan.

Selain itu, beliau berkata keterjaminan bekalan makanan merupakan satu daripada hala tuju pertanian negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dan kerajaan negeri memperuntukkan RM65.41 juta.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register