BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM300 - MB

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,013
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,013
Reaction score
36,274
Points
2,836
Awards
2

Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM300​


07 SEP 2023

2336141.jpg

Mohd Nassuruddin


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran itu akan dibuat bulan ini, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.

“Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima oleh pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan kepada penjawat awam di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia di Kompleks Kota Darulnaim di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu, Mohd Nassuruddin turut berharap agar semua pihak khususnya Jabatan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan.

Mohd Nassuruddin berkata, beliau dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan pelaksanaan sasaran kerangka kerja bagi portfolio masing-masing.

“Justeru, saya dengan ini merangkumkan tujuh pendekatan utama yang saya percaya akan menjadi kekuatan pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal ke-15 ini.

“Tujuh pendekatan berkenaan ialah Kepimpinan Ulama dan Teknokrat, Pembaharuan Undang-Undang dan Pertahan Syariah, Pemerkasaan Dakwah dan Pembangunan Insan, Pemerkasaan Pakej Ekonomi Sejahtera, Budaya Kebersamaan dalam Pembangunan, Pembangunan Bekalan Air Bersih dan Akauntabiliti, Budaya Terbuka dan Responsif,” katanya. – Bernama


 
Sponsored Post

“Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima oleh pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah),” katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register