BTC USD 65,333.8 Gold USD 2,313.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat awam ditahan rogol remaja bawah umur

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,165
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,165
Reaction score
6,250
Points
881
Awards
1
Penjawat awam ditahan rogol remaja bawah umur

Oleh Norzamira Che Noh
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Kuala Langat: Seorang penjawat awam ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di Ulu Kinta, Perak itu ditahan susulan laporan dibuat bapa remaja berkenaan.

"Dalam kejadian pada jam 5 pagi, bapa remaja berkenaan melaporkan terserempak dengan seorang lelaki tidak dikenali bersembunyi di sebuah bilik di rumahnya.

"Pengadu berjaya menangkap suspek dan lelaki itu mengaku memasuki rumah berkenaan untuk melakukan hubungan intim dengan anak perempuan pengadu yang berusia 15 tahun.

"Difahamkan, suspek dan mangsa berkenalan menerusi aplikasi permainan dalam talian datang ke sini untuk berjumpa mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, suspek sudah direman tujuh hari sehingga 17 Mei lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Pihak polis juga menegaskan tidak akan melindungi sesiapa yang melakukan jenayah atau melanggar undang negara.

"Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis," katanya.

Disiarkan pada: May 22, 2024 @ 12:05am
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register