hiduprakyat
Active Member
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 2,308
- Reaction score
- 174
- Points
- 33
Sungai Petani: Seorang penjawat awam ditahan polis selepas didapati membawa empat pendatang tanpa izin (Pati) warga Indonesia merentas negeri menggunakan kereta Nissan Almera yang dipandunya dari Kuala Lumpur ke negeri ini.
Lelaki berusia 37 tahun yang beralamat di Selangor itu ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Covid di Plaza Tol Gurun dekat sini, pada 1.15 pagi tadi.
Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek ditahan selepas polis mendapati kereta yang dipandunya dalam keadaan mencurigakan bersama empat penumpang berusia 35 hingga 37 tahun.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Selepas 30 minit kemudian, datang seorang lelaki mengaku mengupah pemandu (penjawat awam) itu untuk membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Kedah dan meminta mereka dibebaskan.
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati, lelaki tempatan yang datang itu berusia 44 tahun dan bekerja sebagai pengusaha ladang dan menetap di Bandar Baru Beris Jaya Sungai Pau, Sik," katanya ketika ditemui di SJR di Tikam Batu di sini, hari ini.
Hasanuddin berkata, berikutan itu dua lelaki tempatan itu termasuk penjawat awam terbabit ditahan selain rampasan kereta Nissan Almera bersama kunci untuk siasatan.
"Pengusaha ladang yang ditahan itu mengusahakan sebuah kebun seluas lebih kurang 20 relong di Gulai , Sik, lebih kurang tujuh tahun untuk menanam pelbagai sayuran dan menternak ikan serta kambing.
"Pekerjanya dipercayai berhenti kerja dan lelaki itu dipercayai mencari pekerja Indonesia melalui laman sosial Facebook dan membuat persetujuan dengan salah seorang lelaki Indonesia yang ditahan itu melalui telefon dengan menawarkan dia bekerja di kebunnya dengan gaji harian RM45 hingga RM50," katanya.
Beliau berkata, lelaki itu juga memberitahu kepada lelaki Indonesia itu yang dia memerlukan empat orang pekerja menyebabkan pekerja Indonesia terbabit memanggil lagi tiga rakan senegaranya untuk datang bekerja di Sik dengan lelaki berkenaan.
Katanya, pengusaha ladang itu kemudian mencari kereta sewa melalui Facebook dan membuat perbincangan dengan penjawat awam terbabit yang mengiklankan di dalam media sosial mengenai perkhidmatan sewa kereta.
"Hasil perbincangan pengusaha ladang kemudian bersetuju untuk membayar upah kepada penjawat awam terbabit sebanyak RM1,000 untuk membawa empat pekerja warga Indonesia itu dari Kuala Lumpur ke Sik.
"Pada 3 petang semalam, lelaki yang juga penjawat awam itu mengambil kesemua Pati itu dari Kuala Lumpur dan Selangor untuk dibawa ke Sik," katanya.
Menurutnya, lelaki itu sudah menerima bayaran RM200 dari pemilik ladang itu yang dibayar melalui secara dalam talian.
Katanya, semakan juga mendapati, lelaki penjawat awam itu yang memandu kereta itu tidak mempunyai lesen dan kereta itu adalah miliknya sendiri.
"Kedua-dua lelaki tempatan itu akan reman Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat Pati yang ditahan akan reman di bawah Akta Imigresen untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 26 A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6 (1) ( c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 11 ( 5 ) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
== hmetro