BTC USD 40,975.9 Gold USD 1,839.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat awam boleh bayar ansuran insurans, cukai jalan kenderaan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
Penjawat awam B40 boleh beli takaful kenderaan secara ansuran

Kira-kira 1.7 juta penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Skim MyezyCover yang diperkenalkan kerajaan hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata skim patuh syariah itu dilaksanakan dengan pembiayaan RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).

“Pada peringkat awal ini, program disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40 sebelum diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.

“Apabila mereka buat pembayaran sekali gus, mereka akan dapat 10 peratus diskaun dengan pembayaran adalah menerusi potongan gaji oleh Angkasa,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Skim MyezyCover di Menara Perkeso di sini hari ini.

Pada majlis perjanjian itu, Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed; ATECH diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syed Alwi Mohamed Sultan manakala MAAB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Faudzi Mt Din.

Saravanan berkata penglibatan Perkeso dalam program skim itu adalah sebagai pelabur kerana kerajaan menyedari terdapat penjawat awam khususnya daripada golongan B40 berdepan dengan kedudukan kewangan yang sekadar “cukup-cukup” untuk membeli takaful kenderaan mereka.

“Keadaan ini menyebabkan ada daripada mereka terpaksa menunggu sehingga mendapat gaji untuk membeli takaful kenderaan sekiranya tempoh takaful kenderaan itu tamat pada pertengahan bulan.

“Ada juga kumpulan-kumpulan ini memiliki road tax (lesen kenderaan motor) dan insurans kerana meminjam Ah Long (peminjam wang tidak berlesen) selain melalui koperasi dan menggunakan kad kredit.

Jadi melihat pada kerugian aliran tunai melalui pinjaman ini, saya berbincang dengan syarikat sektor insurans dan diberitahu mereka tiada halangan untuk berikan ansuran selagi ada pihak ketiga boleh bayarkan (biaya) dahulu. Jadi saya telah berbincang dengan Perkeso dan pihak lain kemudiannya untuk menyertai program sebagai pelabur,” katanya.

Saravanan yakin program itu akan dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat memandangkan lebih ramai penjawat awam berupaya mengurangkan bebanan kewangan mereka.

Sementara itu, Pengerusi ATECH Tan Sri Abu Kassim Mohamad dalam kenyataan berkata dengan ansuran serendah RM50 sebulan, Skim MyezyCover itu dapat membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan lain.
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,500
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,500
Reaction score
1,792
Points
596
Pekerja Kerajaan. Tak kisah le gaji besar mana. Semua hutang paras hidung.
Bukan semua

Ada yang kaya raya saya jumpa

Keje kerajaan pemandu jer income lebih rm10,000 sebulan

Gaji pemandu pun dia tak usik

Mai keja buat bodo jer naik moto ex5
 

Yallah

Fun Poster
Messages
712
Joined
Jun 21, 2021
Messages
712
Reaction score
73
Points
20
Jikalau dah rasa tak mampu tu guna jelah kecil ke kelisa proton saga lama ke, nanti tak terbayar takdalah taxpayers tanggung ko punya kemewahan.
 

stillFX

Super Active Member
gem
Messages
7,931
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,931
Reaction score
1,065
Points
151
Bukan semua

Ada yang kaya raya saya jumpa

Keje kerajaan pemandu jer income lebih rm10,000 sebulan

Gaji pemandu pun dia tak usik

Mai keja buat bodo jer naik moto ex5
itu ada side income boh.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,500
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,500
Reaction score
1,792
Points
596
itu ada side income boh.
yer kadang pekerja kerajaan yang jawatan rendah income lagi masyuk dari pegawai atasan

cuma kebanyakan low profile

mai keja pun motor murah ja ex5

tapi kaya raya
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,844
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,844
Reaction score
546
Points
121
Tolak berapa sebulan ni.. Rm60 ke..
Bagi semua la.. Apehal kerajaan aje..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,902
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,902
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
X phm keje kerajaan pon ada b40 ke??
 

Lobey

Active+ Member
Messages
4,353
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,353
Reaction score
133
Points
43
bukan semua pasangan kerja kerajaan tu. ada suami kerja kerajaan, isteri kerja swasta. bila pkp salah seorg akan terkesan dan secara automatik keluarga tu pun terkesan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register