BTC USD 40,663.0 Gold USD 1,839.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat awam boleh bayar ansuran insurans, cukai jalan kenderaan

Ran

Active+ Member
Messages
4,982
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,982
Reaction score
65
Points
40
PUTRAJAYA: Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata inisiatif itu boleh membantu penjawat awam yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kemudahan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dan sebuah syarikat takaful.

"Ketika ini premium insurans kenderaan dan cukai jalan cukup mahal. Jadi, penjawat awam akan diberi ruang dan peluang untuk membayar secara ansuran," katanya pada sidang media selepas memulakan tugas secara rasmi di KSM di sini hari ini bersama timbalannya, Datuk Awang Hashim.

Saravanan yang kembali menerajui KSM di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah antara 20 inisiatif khas berimpak besar yang akan dilaksanakan sebagai pencapaian 100 hari pertama seperti yang dikehendaki Perdana Menteri.

Beliau berkata, kemudahan itu juga mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan setelah perbincangan mengenainya dengan pihak berkepentingan diperhalusi.

Sementara itu, katanya, KSM menerusi PERKESO akan meneruskan cadangan untuk melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) iaitu perlindungan keselamatan sosial untuk kira-kira 2.99 juta surirumah pada tahun depan.

"Seramai 150,000 surirumah dari isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis kemiskinan (PGK) akan dilindungi oleh kerajaan di bawah skim terbabit. Penyertaan adalah secara sukarela bagi surirumah yang lain," katanya.

SKSSR yang menyediakan perlindungan terhadap bencana domestik seperti kemalangan, penyakit atau kematian, adalah pengiktirafan kepada peranan surirumah dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, bagi pencapaian 100 hari, Saravanan berkata, tumpuan akan diberikan kepada lima bidang utama, iaitu pembangunan kemahiran, perkhidmatan pekerjaan dan pematuhan aspek perburuhan, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta perlindungan sosial. - BERNAMA

 
Sponsored Post

makcikcomei

Active Member
Messages
2,345
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,345
Reaction score
579
Points
81
Kalau penjawat awam layak ansuran, yang lain pun layak. Penjawat awam masih ada gaji bulanan, yang tidak berkurang pun dengan Covid ni.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
Mana tau kan pakai vellfire tp sesak. Boleh ni potong bulan2
 

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
16,504
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,504
Reaction score
988
Points
171
org baru dpt jawatan semula punye cadangan...
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Ermm da nazak beno poket nya
Sket lg nak masuk icu tu 🤣
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,288
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,288
Reaction score
3,006
Points
266
Awards
1
bagi free jelah roadtax.
PKP ni bukan boleh pergi mana pun.
 

fadl

Fun Poster
Messages
705
Joined
Feb 3, 2013
Messages
705
Reaction score
111
Points
33
Pekerja Kerajaan. Tak kisah le gaji besar mana. Semua hutang paras hidung.
 

akusS

Active Member
Messages
1,559
Joined
Jul 9, 2007
Messages
1,559
Reaction score
116
Points
43
Xde plak kwn aku pnjwt awam yg terkesan pdptn sbb covid ni, siap ambil mora lg adalh pdhal xde kpentingn pn...elok la sgt dok didik pnjwt awam ni biar suka dok berhutang smpai mati...
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,830
Joined
May 13, 2009
Messages
42,830
Reaction score
1,603
Points
201
x berbaloi pun... baik bg pengecualian.. kalo ansuran bulanan.. abis jerk setahun.. dah renew balik.. wat lg ansuran.. sampai abam jamil mampos.. tp kalo ansuran utk 4-6 bulan.. praktikal lg la..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register