BTC USD 56,776.4 Gold USD 1,778.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjara enam bulan jika ekzos kenderaan 'bising'

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,634
Reaction score
431
Points
46
lau tak cukup anggota, takpe ..org awam boleh jadi mata dan telinga..pulak2 ada sedikit insentif..say, 10% dari nilai saman ke ..aku ingat, mau pupus set2 ekzos buluh ni
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,472
Reaction score
12,505
Points
2,376
OP EKZOS | Habis Ribuan Ringgit, Ubah Suai Motosikal

Seorang mekanik berusia 24 tahun sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubah suai motosikalnya suapaya ekzosnya mampu mengeluarkan api dan pelbagai bunyi.

Namun pelaburannya tidak berbaloi apabila dia disaman dan motosikal itu disita oleh pihak berkuasa.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
OP Khas Bunyi Bising

poster-JENAYAH-52.jpg


PETALING JAYA: Sebanyak 1,400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi Khas Bunyi Bising bermula 1 Mac lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 79 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selain itu, sebanyak 40 saman dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 90 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan sama.

Katanya, pihaknya turut menyita 84 kenderaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Kenderaan yang disita akan diserah semula selepas tindakan menggantikan ekzos dilakukan.

“Daripada 2,495 operasi dijalankan, sebanyak 79 penunggang motosikal berusia antara 18 hingga 35 tahun berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di JSPT Kuala Lumpur dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, kesemua yang ditahan dikesan melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran dan ekzos bunyi bising melebihi paras bunyi ditetapkan.

Katanya, tindakan saman bagi ubahsuai ekzos dilakukan mengikut Kaedah 103 dan 109 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Katanya, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

22 Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan, pemilik kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan selain berhadapan hukuman denda sehingga RM2,000.

Beliau berkata, kesalahan itu termaktub di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Ujarnya, sesiapa yang membuat pengubahsuaian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam didapati melakukan kesalahan di bawah kaedah itu.


== UTUSAN ONLINE
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,773
Reaction score
618
Points
126
den tgk, kene hentam kat page jpj .. mabuk eksiden pon denda rm1k ja... mmg cantikkkk
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,959
Reaction score
2,734
Points
206
Alasan guna ekzos bising halau monyet, babi hutan


Segamat: Mahu halau monyet dan babi hutan antara alasan yang digunakan pemilik motosikal yang disaman dalam Op Ekzos Bising di Jalan Genuang, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 35 tahun itu merayu tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mendakwa ekzos motosikalnya tidak pernah mengganggu ketenteraman sebaliknya untuk menghalau haiwan liar yang menceroboh kebunnya

Bagaimanapun, alasannya itu tidak dilayan sebaliknya polis mengeluarkan saman dan disita selepas pemeriksaan tahap bunyi ekzos dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam operasi khas itu sebanyak 41 motosikal diperiksa di sekitar Segamat sejak 1 Mac hingga kelmarin.

Menurutnya, sebanyak sembilan motosikal didapati gagal ketika pemeriksaan pencemaran bunyi oleh JAS.

Katanya, sepanjang operasi selain mendisiplinkan penunggang motosikal, ia turut memberikan tumpuan kepada pemilik yang melakukan ubah suai kenderaan terutamanya ekzos.

"Pemilik motosikal yang dikenakan tindakan kesalahan atas ubah suai ekzos perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan yang disita.

"Operasi ini mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat setempat. Ia akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang.

"Jangan sambil lewa melanggar undang-undang dengan melakukan pengubahsuaian spesifikasi motosikal kerana mendatangkan ketidakselesaan masyarakat," katanya.

 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,019
Reaction score
638
Points
121
Kenapa sekarang baru nak bising ek, peraturan ni dah memang lama dikuatkuasakan.
Den dulu masa main RXZ, tiga kali motor kena sita kat balai trafik pasal ekzos bising.
Tapi masa tu budak-budak motor semua macam redho kena saman sebab buat salah.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,459
Reaction score
2,800
Points
201
Kedai nak jual ekzoz macam mana pun xpe..
Yang penting bunyi kuat kena saman..
Gitu cara kerajaan buat duit..

Win-win..
Cukai bizness dpt.. Saman bunyi kuat dpt..
:p
 

pinjamankereta2013

Fun Poster
Joined
Feb 8, 2013
Messages
920
Reaction score
170
Points
33
Eloklah tu
Bunyi bising bukan ada faedah pon
Saman je

Memana motor bising
Tahan dlm balai
Kuar saman

Nak bawa kuar motor
Sila tukar kpd ekzos biasa dulu
Xnak bawa kuar motor
Biarkan je sampai masa lelong

Tgk lama mana mat mat motor sanggup kena mcm nie
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,413
Reaction score
1,345
Points
201
Kedai nak jual ekzoz macam mana pun xpe..
Yang penting bunyi kuat kena saman..
Gitu cara kerajaan buat duit..

Win-win..
Cukai bizness dpt.. Saman bunyi kuat dpt..
:p
Sama la tinted ngn number plat....xdk halang jual...pasang siap bijak kan bisnes mcm tu hahaha
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
Polis Johor gempur ‘sekolah wheelie’

pemeriksaan-bunyi-e1615806524726.jpg


PASIR GUDANG – Polis Johor menggempur Taman Kota Masai di sini yang dikenali sebagai ‘sekolah wheelie’ dalam kalangan penduduk sekitar kerana lokasi itu popular dengan pelbagai kesalahan melibatkan motosikal.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kawasan itu merupakan antara lokasi panas atau ‘hot-spot’ yang dikesan dalam pelaksanaan Op Khas – Ekzos Bising yang dijalankan di seluruh negeri.

Menurutnya, sejak 1 Mac lalu, sebanyak empat operasi khas seumpama itu telah dijalankan di kawasan berkenaan.

“Sejak Op Khas ini dimulakan pada 1 Mac hingga semalam, polis telah menjalankan sebanyak 110 operasi melibatkan 4,440 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 817 saman berkaitan kesalahan ekzos dikeluarkan, manakala 138 kompaun melibatkan kesalahan dibawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 146 kompaun di bawah kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu, polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, di sini hari ini.

Op Khas – Ekzos Bising itu dijalankan atas saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi membasmi kegiatan ekzos bising di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut membidas tindakan segelintir pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai penguatkuasaan diambil pihak berkuasa berhubung kegiatan ini.

“Modifikasi yang dijalankan terhadap motosikal ini dianggarkan berharga antara RM4,000 hingga RM14,000, manakala denda yang dikenakan hanyalah RM2,000.


== Kosmo Online
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register