BTC USD 38,982.4 Gold USD 1,823.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjahat Geng 36 rentas negeri untuk menyamun RM1.2 juta

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201

Penjahat Geng 36 rentas negeri untuk menyamun RM1.2 juta​

poster-JENAYAH-54.jpg

  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 11 Jun 2021, 3:22 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
MELAKA: Lima ahli kongsi gelap, Geng 36 yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri ditangkap selepas melakukan samun membabitkan kerugian RM1.2 juta di sebuah kondominium di Klebang dekat sini minggu lalu.
Kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun dari Lembah Klang itu diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur pukul 3.45 petang, 7 Jun.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian samun sebuah keluarga pada 5 Jun.
Menurut beliau, laporan dibuat pengadu lelaki berusia 54 tahun yang mendakwa, dia dan isterinya berusia 42 tahun serta dua orang anak berusia lapan dan sembilan tahun disamun empat lelaki pukul 8.30 pagi.
“Suspek dikatakan menyerbu masuk sebaik mangsa membuka pintu rumahnya sebelum salah seorang mengambil pisau di dapur untuk mengancam.
“Dia dan isteri diikat sebelum suspek-suspek menggeledah rumah sehingga pukul 3.30 petang iaitu selama kira-kira tujuh jam sebelum melarikan pelbagai barang serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover dengan nilai keseluruhan kerugian RM1.2 juta,” kata beliau pada sidang akhbar di IPK Melaka di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, siasatan mendapati merentas masuk ke Melaka menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk sebuah syarikat perniagaan.
“Suspek dipercayai melakukan samun menggunakan dua buah kenderaan mewah pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Pemeriksaan pada kenderaan turut menjumpai pelekat mirip logo Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.
Kata beliau, semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.
Kesemua suspek direman lima hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 379A Kanun Keseksaan.- UTUSAN
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,142
Reaction score
1,957
Points
201
Sapa yg bg kelulusan rentas negeri tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,195
Reaction score
13,749
Points
2,376
JENAYAH | Kes Samun RM1.2 Juta Selesai

Polis menyelesaikan kes samun membabitkan kerugian RM1.2 juta di sebuah kondominium mewah di Klebang, Melaka, susulan tangkapan terhadap lima ahli Geng 36, pada 7 Jun lalu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,195
Reaction score
13,749
Points
2,376
MAHKAMAH | Geng 36 Mengaku Tidak Bersalah Rompak RM500,000

Empat anggota Geng 36 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan merompak seorang ahli perniagaan berjumlah RM500,000.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register