Penjaga pusat siber maut dibelasah, ditikam

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,655
Reaction score
21,082
Points
1,671
Serdang: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga penjaga pusat siber maut dibelasah sekumpulan lima lelaki bersenjatakan besi dan pisau dalam kejadian samun di Bandar Kinrara, Puchong, awal pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan lima lelaki terbabit berang selepas mangsa dan dua rakannya tidak membenarkan mereka masuk ke premis itu sebelum memecahkan pintu dan menyerang mangsa.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi, mangsa yang cedera di kepala dan badan dibawa ke hospital swasta berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa dan dua lagi rakannya bekerja di premis berkenaan.


“Mereka kemudian didatangi sekumpulan lima lelaki, namun dimaklumkan premis itu ditutup.


“Tidak berpuas hati, kumpulan terbabit memecahkan pintu premis itu menggunakan besi sebelum masuk dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, dalam pergelutan itu pihaknya percaya seorang suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau yang menyebabkan mangsa cedera parah.


“Mangsa yang cedera di kepala dan badan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan mati tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu dipercayai melarikan diri menggunakan kereta Toyota Vios selepas berjaya melarikan sejumlah wang.


Katanya, pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa di lokasi kejadian mendapati premis itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak berfungsi.


“Siasatan lanjut mendapati premis yang baru beroperasi sejak seminggu lalu itu tidak mempunyai lesen sah,” katanya.


Difahamkan, sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan, namun usaha memburu kumpulan penjenayah itu giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dilakukan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013041404045120130414040451/MA/Article/index_html
 
Sponsored Post

silibug

Active Member
Joined
Nov 13, 2010
Messages
1,557
Reaction score
14
Points
25
ngeri betul....kita konci pintu diorg pecahkan pintu...
pastu bunuh....
nauzubillah..
 

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Jaga akhlak kita insyaAllah selamat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,655
Reaction score
21,082
Points
1,671
dah pukul 3pagi, klo pun owner nak lepak dalam kasi turun grill la..xpasal kena aim
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
tak pasal2 mati
 

JMJZAB

Fun Poster
Joined
Mar 12, 2013
Messages
304
Reaction score
0
Points
10
bukan pusat siber tp judi siber kot...:-?
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
bisnes selepas 12 malam mmg x selamat skg ni...
 

sitoplasmat

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2010
Messages
3,567
Reaction score
9
Points
25
berapa ratus sangat la dapat..tak berbaloi bunuh org untuk mendapat 5-6 ratus..bod0h punya perompak a.k.a pembunuh..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register