BTC USD 57,010.0 Gold USD 1,787.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipu guna nama pertubuhan Islam minta derma

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,522
Reaction score
261
Points
51

DATUK_ZAINUDDIN_YAACOB_cap_auyam_1618237882.jpg

SUNGAI PETANI: Sindiket penipuan terbaru dikesan menggunakan taktik meminta derma di laman sosial dengan menggunakan pertubuhan atau institusi yang kononnya berasaskan Islam.

Selain itu, ada juga taktik yang menggunakan akaun peribadi di laman sosial untuk membolehkan orang ramai menyalurkan wang kononnya untuk membantu pesakit kronik.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob yang menyifatkan tindakan itu cuba untuk meraih simpati orang ramai untuk menderma.

Kegiatan scammer berkenaan semakin aktif menjelang Ramadan ini untuk meminta derma melalui Facebook, WhatsApp atau Twitter, mengambil kesempatan keinginan orang ramai untuk beramal.

"Modus operandi yang digunakan 'scammer' ini adalah dengan menggunakan pertubuhan ataupun individu yang memerlukan bantuan kewangan dengan meletakkan gambar berserta nombor akaun bank.

"Orang ramai jangan mengambil risiko dan perlulah berhati-hati dengan penipuan yang menggunakan pertubuhan Islam atau institusi agama, untuk mengumpul derma seperti ini," katanya hari ini.

Menurut Zainuddin, walaupun individu berkenaan menggunakan latar belakang pertubuhan Islam sekali pun untuk aktiviti keagamaan namun orang ramai perlu berhati-hati kerana zaman sekarang orang akan mempergunakan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian.


== berita harian
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Yg menipu tu bukan org islam kot
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register