Covid-19 Peningkatan kes memaksa Sepanyol isytihar darurat

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,244
Reaction score
4,259
Points
201
SPAIN_PANDEMIC_CORONAVIRUS_COVID19_1603591642.jpg

Keadaan lengang di sekitar Madrid, Sepanyol, malam tadi. - FOTO EPA

MADRID: Sepanyol bersiap siaga menghadapi kemungkinan darurat kebangsaan yang baharu diisytihar untuk membolehkan perintah berkurung dikuatkuasakan.

Ia susulan desakan wilayah negara ini, semalam, agar tindakan berkenaan diambil bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang semakin melonjak.

Malah, gesaan kian memuncak supaya kerangka undang-undang membenarkan pemimpin wilayah melaksanakan sekatan lebih ketat.

Justeru, Kabinet Perdana Menteri, Pedro Sanchez dijadual mengadakan mesyuarat khas pada jam 10 pagi ini untuk membuat keputusan berhubung perkara terbabit.

Pihak kerajaan dalam satu kenyataan memaklumkan, barisan menteri 'akan mengkaji syarat untuk darurat kebangsaan yang baharu'.

Menurut kenyataan itu, usul terbabit disambut baik oleh kebanyakan komuniti autonomi di Sepanyol yang telah memohon supaya langkah berkenaan diambil.

Gesaan terbabit menyusul beberapa hari selepas Sepanyol merekodkan jumlah lebih sejuta kes COVID-19, sekali gus muncul negara keenam melepasi angka mengerikan itu di dunia dan yang pertama dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Setakat ini, sembilan daripada 17 wilayah autonomi Sepanyol telah mengemukakan permohonan rasmi supaya kerajaan mengisytiharkan darurat kebangsaan.

Perisytiharan itu bakal membolehkan mereka menguatkuasakan perintah berkurung yang semakin banyak dilaksanakan di seluruh Eropah.

Sebelum ini, Sepanyol menggunakan 'kuasa' sedemikian pada musim bunga untuk menguatkuasakan antara perintah berkurung paling ketat di dunia. - AFP

Untitled2.jpg


 
Last edited:
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,132
Reaction score
946
Points
121
Lg buat ku li ckp hancur ekonomi, dengar lah pakar dari malaysia wahai sepanyol hahaha
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,532
Reaction score
496
Points
91
Sebelum ini mereka jugak antara yang anti lockdown, menyekat kebebasan katanya.
Belakang suda tukar ka..
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,930
Reaction score
1,914
Points
206
Mintak anwar maki sepanyol tu
Jgn sampai anwar p sana jadi pm
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,494
Reaction score
527
Points
71
jangan smpai ada sticker #bantahdarurat kt signboard tepi jln diorg.
kihkihkih
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,244
Reaction score
4,259
Points
201
COVID-19: Peningkatan kes memaksa Sepanyol isytihar darurat

MADRID: Sepanyol mengisytiharkan darurat di negara itu dalam usaha membendung gelombang kedua COVID-19 ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan peningkatan kes baharu tiga hari berturut-turut di seluruh dunia.

Dengan pengisytiharan dibuat pada Ahad itu, perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negara kecuali Kepulauan Canary.

Perdana Menteri, Pedro Sanchez dalam ucapan yang disiarkan di televisyen menyifatkan situasi dilalui negara itu sangat ekstrem.

Langkah itu disepakati pada awal pagi Ahad dalam mesyuarat Kabinet yang mengambil masa dua setengah jam selepas menerima desakan daripada pentadbir wilayah yang menuntut kuasa untuk mengenakan perintah berkurung di kawasan masing-masing.

Menerusi kenyataan dikeluarkan negara itu, perintah berkurung pada waktu malam akan bermula pada jam 11 malam dan berakhir jam 6 pagi.

Walaupun darurat pada awalnya hanya berlangsung selama 15 hari, kerajaan merancang untuk meminta Parlimen melanjutkannya selama enam bulan, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Sanchez mengatakan darurat dapat ditarik lebih awal daripada yang dijangkakan jika keadaan mengizinkan.

"Darurat adalah kaedah paling berkesan untuk menurunkan kadar jangkitan," katanya.

Pada Rabu, Sepanyol menjadi negara Eropah pertama merekodkan lebih sejuta kes jangkitan COVID-19 dengan hampir 35,000 kes kematian.

Berikutan itu, pihak berkuasa meminta bantuan daripada 10 wilayah Sepanyol dan bandar Melilla, menurut kenyataan itu.

Dalam keadaan darurat, wilayah-wilayah berkenaan memiliki kuasa untuk menyekat pergerakan keluar masuk dari wilayah mereka, dan juga dapat melanjutkan tempoh masa perintah berkurung bergantung keadaan setempat.

Sebelum ini Sepanyol melaksanakan perintah berkurung daripada 15 Mac hingga 21 Jun lalu dan langkah itu antara yang paling ketat dilaksanakan di Eropah.

Sanchez mengatakan bahawa dia berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan penutupan kedua. - AFP
 

Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,684
Reaction score
94
Points
40
beza darurat Spain dengan darurat yg Malaysia nak buat
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,244
Reaction score
4,259
Points
201
Spain declares state of emergency to stem soaring COVID-19 cases


 
Sponsored Post
Top
Log in Register