BTC USD 36,241.7 Gold USD 1,841.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peningkatan gerakan anti-vaksin membimbangkan

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,278
Points
196
500 kes tolak vaksin dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini
24 Jun 2016


GEORGE TOWN - Terdapat 500 kes ibu bapa yang menolak suntikan vaksin dicatat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Beliau berkata, jumlah yang tinggi itu mencetuskan kebimbangan kerana ia membahayakan dan mendedahkan anak-anak mereka kepada penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

"Saya hairan mengapa ibu bapa masih tidak mahu memberikan imunisasi kepada anak-anak bagi mencegah penyakit. Ia percuma...kerajaan belanjakan lebih RM100 juta setiap tahun untuk menyediakan 12 jenis suntikan vaksin kepada semua kanak-kanak daripada lahir hingga umur 13 tahun," katanya.

Dr Hilmi berkata, apabila ramai kalangan ibu bapa yang menolak imunisasi, maka kelompok imuniti akan hilang menyebabkan jika berlakunya satu kes maka ia akan merebak kepada individu lain dengan lebih cepat.

"Ramai ibu bapa yang mempertikaikan tentang vaksin yang disediakan, sebenarnya kami di kementerian terlebih dahulu menyemak dan mengkaji semua vaksin itu bebas daripada khinzir," katanya.

Dr Hilmi berkata, penolakan suntikan vaksin itu juga berpunca daripada masyarakat kini yang lebih mempercayai maklumat yang diperoleh berdasarkan pelbagai carian menerusi internet yang kebanyakannya tidak tepat.

Terdapat 12 jenis vaksin penting perlu diberikan kepada kanak-kanak dan vaksin paling penting ialah vaksin lima serangkai yang bertujuan mengelakkan pelbagai ancaman penyakit termasuk difteria, katanya.

"Bagi kes yang maut akibat difteria itu adalah disebabkan tidak mengambil vaksin lima serangkai ini," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup...rtama-tahun-ini-1.346566#sthash.TlfVl8xg.dpuf



Sempat ambil suntikan vaksin 3 kali sahaja
24 Jun 2016


SUNGAI PETANI - Seorang lagi adik-beradik kepada mangsa jangkitan difteria yang meninggal dunia Rabu lepas dimasukkan ke hospital selepas dipercayai turut dijangkiti penyakit itu.

Menurut bapa mangsa, Amdin Ag Hamit, 48, anaknya yang berusia 12 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada pukul 6.30 petang semalam.

“Anak saya, Muhamad Rushaidi Rizqi, berusia 10 bulan kini masih kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

“Manakala anak-anak yang lain, Seri Adriana Qistina, 11, Seri Myra Arisa, 10, Seri Afrina Qaisara, 8, Muhamad Mikhail Zulkarnain, 4, dan Muhamad Taufik Iskandar, 3, dan Muhamad Amar, 12, masih lagi mendapatkan rawatan di HSAH Sungai Petani,” katanya ketika ditemui di Flat Paya Nahu di sini hari ini.

Amdin berharap keenam-enam anaknya itu mendapat pemeriksaan rapi walaupun sehingga ini belum disahkan oleh pihak hospital mereka menghidap penyakit berkenaan.

“Saya masih menunggu laporan seterusnya daripada pihak hospital dan kes begini boleh merebak jika pemantauan tidak dilakukan,” katanya.

Sementara itu isterinya, Zalifah Hussain, 40, berkata, anaknya yang meninggal dunia, Muhamad Harris Haikal, dua tahun hanya mengalami sedikit deman biasa dan terus dibawa ambil ubat di sebuah klinik swasta dekat Taman Ria Jaya di sini.

“Muhamad Harris Haikal sempat mengambil suntikan vaksin ketika baru lahir sebanyak tiga kali sahaja selebihnya tidak pernah berbuat demikian dan kami ketika itu kami agak sibuk terpaksa berulang alik ke Sabah kerana ibu dan bapa sakit,” katanya. - UTUSAN ONLINE


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nah...mangsa-difteria-1.346588#sthash.IsfpYjy1.dpuf




Vaksin Measles Mumps/Rubella adalah sasaran kritikan dan tentangan yang biasa, kononnya menyebabkan Autism.
28 Jun 2015


Di Amerika Syarikat, satu gerakan anti vaksin "United States Anti-Vaccination Movement" didukungi oleh pelbagai individu yang terdiri daripada bekas doktor yang kecewa dengan sistem perubatan di sana, professor yang tiada kaitan dengan dunia sains perubatan, selebriti yang mahu terkenal dengan cara mudah, peminat teori konspirasi, penyokong anti-kerajaan yang tidak percaya apa-apa yang kerajaan AS lakukan untuk kebaikan rakyat, mereka yang pernah mengalami pengalaman buruk di hospital dan pelbagai latar belakang lagi.

Mereka mendakwa bahawa sebatian Thimerosal yang digunakan dalam vaksin menyebabkan peningkatan dalam kes-kes autisme. Saya sangat bersimpati dengan ibubapa yang mempunyai anak Autism dan ada keluarga terdekat saya yang mempunyai anak Autism. Saya memahami kepayahan, kesedihan dan kemarahan mereka.

Semoga Allah membalaskan kebaikan mereka dengan syurga. Malangnya kekecewaan ibubapa yang mempunyai anak Autism ini diraikan dan dimanipulasi. Vaksin dipersalahkan.

Sebenarnya kebanyakan anak-anak yang mengalami Autism dikenalpasti selepas berusia 2-3 tahun. Jadi kebetulan vaksin tersebut diberikan pada usia setahun, maka ia dikaitkan dengan Autism.

Thimerosal tidak lagi digunakan sebagai bahan pengawet dalam vaksin Measles Mumps/Rubella semenjak 1999, tetapi kes-kes Austism semakin meningkat dengan mendadak. Ini membuktikan Autism tiada kena mengena dengan vaksin.

Di Malaysia, salah faham seperti ini semakin dikelirukan oleh agamawan yang tidak memahami proses bagaimana vaksin itu dihasilkan. Mereka mengatakan pemberian itu sebagai harus (kerana tiada pilihan lain) tetapi tidak halal.

Apakah maksudnya? Adakah ia cuba mengelirukan masyarakat? Sedangkan Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jakim telah mengadakan sidang akhbar bersama yang menyokong pemberian vaksin terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi di Malaysia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia juga jelas memberitahu bahawa semua vaksin yang wajib diberikan kepada kanak-kanak dan bayi sepertimana yang terdapat dalam program vaksinasi oleh KKM adalah harus digunakan.

Majlis Fatwa tidak boleh memberitahu bahawa penggunaan vaksin ini wajib kerana tugas Majlis Fatwa memberikan hukum sama ada boleh digunakan atau tidak saja.

Bagi mereka yang dapat menerima konsep "istihalah" yang dikemukan oleh ulamak kotemporari yang mempertimbangkan bagaimana suatu vaksin diperbuat, tentu boleh menerima penggunaan vaksin secara terbuka.

Ini kerana kuantiti bahan yang dipersoalkan itu terlalu kecil, bukan dalam kiraan tan, kilogram, miligram tetapi dalam kiraan mikrogram dan nanogram yang mana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Secara perbandingannya,apakah kita yakin apabila berjalan di taman yang kelihatannya banyak anjing, bahawa pakaian kita tidak tercemar dengan debu halus daripada haiwan tersebut dalam kiraan mikrogram atau nanogram?

Adakah keadaan ini dimaafkan? Apatah lagi vaksin ini digunakan untuk kebaikan masyarakat, bukan lagi untuk kepentingan individu. Ada agamawan yang menyokong gerakan anti-vaksin ini mengatakan anak yang tidak divaksin lebih baik dari anak yang divaksin? Apa buktinya? Kajian dari buku atau journal mana yang diambil?

Tidak adil jika seorang kanak-kanak yang sakit dan diberikan vaksin, dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang sihat tetapi tidak diberikan vaksin. Lalu membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang tidak divaksin lebih sihat dari anak yang divaksin.

Malangnya pemerhatian yang cetek ini dijadikan hujah. Apakah agamawan seperti ini dan mereka (atau gerakan) yang menyokong anti-vaksin ini boleh dipertanggungjawabkan secara langsung untuk setiap jangkitan yang selama ini boleh dicegah vaksin?

Memang KKM tidak dapat membetulkan pandangan semua ahli masyarakat. Namun sekurang-kurangnya membentung agar pemikiran dan tanggapan ini tidak berleluasa. Jangan sampai berlakunya wabak, baru tindakan pembetulan mahu diambil. Pada ketika itu, mungkin kita sudah jauh terlambat.

Dr Zubaidi Ahmad adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia Johor



http://www.malaysiagazette.com/ms/r...&utm_medium=facebook&utm_source=socialnetwork
 
JKJAV pantau risiko miokarditis, perikarditis selepas suntikan Pfizer

PUTRAJAYA : Kerajaan sedang memantau perkembangan kesan sampingan suntikan vaksin jenis Pfizer yang dikatakan boleh mengundang risiko miokarditis dan perikarditis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, isu risiko itu telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

“Isu berkenaan bagaimanapun tidak mengubah keputusan perolehan kerajaan terhadap vaksin Pfizer itu,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Pada masa sama, katanya, beliau juga akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penggunaan vaksin Pfizer kepada pelajar kelas peperiksaan.

“Kita akan tentukan kemudian sama ada ingin beri vaksin jenis Pfizer atau tidak kepada pelajar berkenaan.

“Ini disebabkan insiden miokarditis dan perikarditis dalam kalangan remaja lelaki agak tinggi. Sebab itu, selepas ini akan ada mesyuarat antara saya, KKM dan KPM untuk bincang perkara tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, keputusan untuk memendekkan selang dos kedua vaksin jenis AstraZeneca akan diumumkan esok.

Berhubung cadangan kaedah ‘mix and match’ vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca, beliau berkata, kerajaan buat masa ini masih mengekalkan vaksin sama bagi dos pertama dan kedua dan keputusan mengenainya akan diumumkan selepas kajian selesai.

Sementara itu, Khairy berkata, Malaysia bakal menerima satu juta dos vaksin Astrazeneca sumbangan kerajaan Jepun esok dan satu juta lagi vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Menurutnya, Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan berkenaan yang melambangkan keprihatinan serta kepercayaan kedua-dua negara itu terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi Covid-19 di negara ini dan sebagai sokongan terhadap program imunisasi global.

“Bekalan ini dapat memperhebat PICK dan membantu Malaysia mencapai nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Semua vaksin yang diperoleh akan diedarkan segera ke semua fasiliti dan PPV untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Last edited:
Sponsored Post

azarulez

Super Active Member
gem
Messages
8,361
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,361
Reaction score
1,155
Points
151
dalam CG ni pun ada gerakan anti vaksin..dulu pernah panas jugak isu ni dlam CG. try korek balik thread lama..mesti jumpa.
 

muorian

Active+ Member
Messages
3,798
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,798
Reaction score
62
Points
40
aku ada kenal keluarga di Kuantan neh, anak2 dia lahir semua(12 org) x pernah dptkan vaksin, suntikan BCG yg dtg ke sekolah pon dia x benarkan. Alhamdulillah sihat2 anak2 dia.
 

Syedz

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,979
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,979
Reaction score
109
Points
128
aku ada kenal keluarga di Kuantan neh, anak2 dia lahir semua(12 org) x pernah dptkan vaksin, suntikan BCG yg dtg ke sekolah pon dia x benarkan. Alhamdulillah sihat2 anak2 dia.

amek je la vaksin tu bukan kena bayar pun
jangan dah sakit nnt baru nak menyesal..
 

ketupatFX

Active Member
Messages
2,214
Joined
Feb 14, 2013
Messages
2,214
Reaction score
40
Points
30
Vaksin Measles Mumps/Rubella adalah sasaran kritikan dan tentangan yang biasa, kononnya menyebabkan Autism.
28 Jun 2015


Di Amerika Syarikat, satu gerakan anti vaksin "United States Anti-Vaccination Movement" didukungi oleh pelbagai individu yang terdiri daripada bekas doktor yang kecewa dengan sistem perubatan di sana, professor yang tiada kaitan dengan dunia sains perubatan, selebriti yang mahu terkenal dengan cara mudah, peminat teori konspirasi, penyokong anti-kerajaan yang tidak percaya apa-apa yang kerajaan AS lakukan untuk kebaikan rakyat, mereka yang pernah mengalami pengalaman buruk di hospital dan pelbagai latar belakang lagi.

Mereka mendakwa bahawa sebatian Thimerosal yang digunakan dalam vaksin menyebabkan peningkatan dalam kes-kes autisme. Saya sangat bersimpati dengan ibubapa yang mempunyai anak Autism dan ada keluarga terdekat saya yang mempunyai anak Autism. Saya memahami kepayahan, kesedihan dan kemarahan mereka.

Semoga Allah membalaskan kebaikan mereka dengan syurga. Malangnya kekecewaan ibubapa yang mempunyai anak Autism ini diraikan dan dimanipulasi. Vaksin dipersalahkan.

Sebenarnya kebanyakan anak-anak yang mengalami Autism dikenalpasti selepas berusia 2-3 tahun. Jadi kebetulan vaksin tersebut diberikan pada usia setahun, maka ia dikaitkan dengan Autism.

Thimerosal tidak lagi digunakan sebagai bahan pengawet dalam vaksin Measles Mumps/Rubella semenjak 1999, tetapi kes-kes Austism semakin meningkat dengan mendadak. Ini membuktikan Autism tiada kena mengena dengan vaksin.

Di Malaysia, salah faham seperti ini semakin dikelirukan oleh agamawan yang tidak memahami proses bagaimana vaksin itu dihasilkan. Mereka mengatakan pemberian itu sebagai harus (kerana tiada pilihan lain) tetapi tidak halal.

Apakah maksudnya? Adakah ia cuba mengelirukan masyarakat? Sedangkan Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jakim telah mengadakan sidang akhbar bersama yang menyokong pemberian vaksin terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi di Malaysia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia juga jelas memberitahu bahawa semua vaksin yang wajib diberikan kepada kanak-kanak dan bayi sepertimana yang terdapat dalam program vaksinasi oleh KKM adalah harus digunakan.

Majlis Fatwa tidak boleh memberitahu bahawa penggunaan vaksin ini wajib kerana tugas Majlis Fatwa memberikan hukum sama ada boleh digunakan atau tidak saja.

Bagi mereka yang dapat menerima konsep "istihalah" yang dikemukan oleh ulamak kotemporari yang mempertimbangkan bagaimana suatu vaksin diperbuat, tentu boleh menerima penggunaan vaksin secara terbuka.

Ini kerana kuantiti bahan yang dipersoalkan itu terlalu kecil, bukan dalam kiraan tan, kilogram, miligram tetapi dalam kiraan mikrogram dan nanogram yang mana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Secara perbandingannya,apakah kita yakin apabila berjalan di taman yang kelihatannya banyak anjing, bahawa pakaian kita tidak tercemar dengan debu halus daripada haiwan tersebut dalam kiraan mikrogram atau nanogram?

Adakah keadaan ini dimaafkan? Apatah lagi vaksin ini digunakan untuk kebaikan masyarakat, bukan lagi untuk kepentingan individu. Ada agamawan yang menyokong gerakan anti-vaksin ini mengatakan anak yang tidak divaksin lebih baik dari anak yang divaksin? Apa buktinya? Kajian dari buku atau journal mana yang diambil?

Tidak adil jika seorang kanak-kanak yang sakit dan diberikan vaksin, dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang sihat tetapi tidak diberikan vaksin. Lalu membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang tidak divaksin lebih sihat dari anak yang divaksin.

Malangnya pemerhatian yang cetek ini dijadikan hujah. Apakah agamawan seperti ini dan mereka (atau gerakan) yang menyokong anti-vaksin ini boleh dipertanggungjawabkan secara langsung untuk setiap jangkitan yang selama ini boleh dicegah vaksin?

Memang KKM tidak dapat membetulkan pandangan semua ahli masyarakat. Namun sekurang-kurangnya membentung agar pemikiran dan tanggapan ini tidak berleluasa. Jangan sampai berlakunya wabak, baru tindakan pembetulan mahu diambil. Pada ketika itu, mungkin kita sudah jauh terlambat.

Dr Zubaidi Ahmad adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia Johor



http://www.malaysiagazette.com/ms/r...&utm_medium=facebook&utm_source=socialnetwork


sakit zaman sekrg ni x sama mcm dulu.. selain vaksin yg freee.. la ni yg tamabahan /bayar sendiri digalkkan kerajaan tapi x cover mcm rotavirus (cirit birit) dan pococomol ( xreti nak eja) untuk radang otak dan paru ..


Esp sekrang ramai budak2 hantar nursery..penyakit senang berjangkit..ta,bahan pula mak bapak sekrang trend melancong dgn anak2 sana sini..lagi la penyakit pelik2 mudah dtg..


Kalau xde vaksin..penyakit cam polio dah lama hapuskan penduduk mcm kat afrika dan sebagainya...

Budak office aku sendiri, dia x amik vaksin tambahan.. sekali anak dpt sesak nafas.. doc check dah kena radang sebab jangkitan ( biasa la nursery campur budak2) ... la ni baru nak cucuk vaksin tambahan tu.. jangan amik mudah wooo..virus zaman sekarang dah x sma virus zaman kita muda2 dulu
 

Mad_Hatter

Super Active Member
gem
Messages
9,837
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,837
Reaction score
1,529
Points
151
Kat CG ada jugak. Geng teori konspirasi. Ini semua taktik Yahudi mau bunuh orang Islam katanya.:eek:
 

cre8tive

Legendary Member
gem
Messages
17,158
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
617
Points
161
rakyat disaran amik vaksin tu amik vaksin ni, tp bwk masuk pendatang jgk. penyakit yg jarang2 ada kat malaysia dah m'biak. siapa yg boddowh??
 

lpsoldier007

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,549
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,549
Reaction score
494
Points
141
Geng2 mcm gitu wujud disebabkan bila orang bangangg jumpa internet.
 

V.A.N.S

Junior Member
Messages
84
Joined
Jun 17, 2015
Messages
84
Reaction score
0
Points
6
Benda bagus kan, kalau ada vaksin so upgrade lah defense system. So ?
 

jaih

Legendary Member
gem
Messages
10,303
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,303
Reaction score
614
Points
171
dalam CG ni pun ada gerakan anti vaksin..dulu pernah panas jugak isu ni dlam CG. try korek balik thread lama..mesti jumpa.

yups ada aritu...
pjg berjela jugak thread tuh..
tak larat nak pollow hehe...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register