BTC USD 58,488.7 Gold USD 2,584.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pening layan kerenah pelanggan COD, abang kurier pandai-pandai genapkan harga... Bukan kedai runcit sentiasa ada duit ‘pecah’

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,986
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,986
Reaction score
6,428
Points
881
Awards
1
Pening layan kerenah pelanggan COD, abang kurier pandai-pandai genapkan harga... Bukan kedai runcit sentiasa ada duit ‘pecah’

Isnin, 01 April 2024 10:00 AM
MENJELANG sambutan Aidilfitri, trafik penghantaran kurier pasti meningkat susulan kiriman bertali-arus rakyat Malaysia.

Ini bermakna pekerja kurier juga harus lebih gigih membanting tulang empat kerat dan perlu berhadapan dengan lebih ramai pelanggan yang bermacam kerenahnya.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang pekerja kurier mengulas mengenai cabaran yang dihadapinya apabila menguruskan penghantaran secara pembayaran tunai semasa serahan (COD).



Urusan jual beli secara tunai ada kalanya merenyahkan. -Gambar hiasan

Menurutnya, sesetengah pelanggan cenderung memberikan wang tunai yang besar nilainya dan mengharapkan pulangan baki yang tepat pada setiap masa.

"Kena ingat, kami setiap hari ada lebih 200 bungkusan nak kena hantar. Kalau setiap rumah bagi duit besar, susah la kami nak uruskan pulangan baki ketika COD.

"Sebab tu kami biasa akan genapkan harga bayaran COD supaya dapat memudahkan proses serahan baki. Saya bagi contoh, kalau bayaran COD harga RM15.80, kami biasa akan letakkan terus RM16.


"Sebenarnya lebih elok kalau pelanggan boleh bayar ngam-ngam (jumlah tepat) COD, tapi itu jarang sekali nak berlaku," ujar pekerja kurier berkenaan.

Tambahnya, proses mengira dan menyerahkan baki yang rumit ini menyebabkan mereka sering lewat menyempurnakan tugas.

"Kami pekerja kurier ni bukan kedai runcit yang sentiasa ada duit pecah (duit kecil). Kalau dah diberitahu harga COD macam tu, boleh la siapkan bayaran yang tepat awal-awal.

Kami jarang nak berkira, cuma pastikan diri tu jujur dan ada adab dulu.

WARGA MAYA

"Kalau dekat setiap rumah pelanggan kami kena berhenti lama untuk buat kira-kira pulangan baki, tak ke jadi lambat trip kami?

"Lagi-lagi sekarang ni dah dekat raya, banyak barang diminta hantar urgent, tolonglah faham kami. Kalau ada sesiapa yang masih banyak songeh, saya persilakan anda sendiri untuk jadi pekerja kurier.

"Dengan teguran khidmat masyarakat ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak sependapat dengan pesanan yang disampaikan pekerja kurier berkenaan.



Perbincangan warga maya.

"Tak boleh macam tu bang, tak kisah la kerja kau susah sekalipun. Walaupun beza 20 sen je antara RM16 dan RM15.80 tapi dalam setiap sen tu ada halal dan haramnya. Tak boleh naikkan harga sesuka hati.

"Ini tak amanah namanya, lagi nak ditegakkan benang yang basah. Kalau aku jumpa kau depan-depan memang siap aku 'basuh'. Tak berkat rezeki kau buat kerja macam ni.

"Aku rasa benda ni tak jadi masalah kalau pekerja kurier tu boleh terus terang yang dia tak cukup duit pecah. Pelanggan mesti boleh faham punya. Kalau ambil duit senyap-senyap itu yang kita geram.

"Kami sebagai pelanggan faham pekerja kurier kena berpanas dan berhujan, kami jarang nak berkira, cuma pastikan diri tu jujur dan ada adab dulu," kata sebahagian warga maya.
 
Sponsored Post

Kebanyakan biasenye pelanggan paham sedekah je lebih tu...
Susah2 suh tranfer kat acc...

Pengalaman aku ketok2 brader tu hulur duit 2 inggit dgn air kotak...
Brg die bkn cod pun...
Alhamdulillah rezeki mmg tgh dahaga...
Bkn bulan puase ye...
Murah rezeki brader tu...
Tp mase tu die pakai spende je...
Ok la tu tak bogel, mau aku campak je brg...

Kdg2 ketok2 Amoi seksi, rezeki dpt dose pun dpt? 🤣
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register