BTC USD 86,716.7 Gold USD 3,021.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga wanita nak COD makanan dibunuh, mayat ditemui tepi sungai di Kuantan

1000487381.jpg
 
Sponsored Post

6161298777487556903_121.jpg

6161298777487556904_121.jpg

6161298777487556905_121.jpg


Suami mangsa bunuh kenal suspek



“Dia nampak baik dan peramah tetapi tidak sangka sangat kejam. Saya mahukan keadilan terhadap isteri saya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini, semalam.

Dalam kejadian kelmarin, mayat mangsa dipercayai dibunuh, ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Tanjung Lumpur.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis sedang giat mengesan suspek berusia 37 tahun itu yang dikatakan bukan berasal dari negeri ini serta mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.


Yahaya berkata, berdasarkan siasatan awal, beberapa barangan kemas dipakai suspek, hilang.


“Selalunya apabila saya sampai rumah di Sungai Soi dari tempat kerja di Indera Mahkota, dia pula keluar hantar tempahan.

“Namun kali ini, saya bimbang dia tidak pulang seperti biasa lalu segera keluar mencari dibantu rakan-rakan dan dengan bantuan rakan, isteri saya ditemukan bapa saya namun dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” ujarnya.

Katanya, isterinya ada memaklumkan melalui pesanan telefon yang dia pulang lambat kerana urusan penghantaran barang.

“Sebenarnya pada waktu siang saya bekerja dan dia jaga anak kami yang berusia lima tahun dan memasak ikan bilis dan apabila saya pulang, saya pula jaga anak dan dia membuat penghantaran barang,” katanya yang bekerja di syarikat swasta.
Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Perantau Damai Keratong 9. – UTUSAN


Artikel ➡️ Utusan
 
Tak, orang cina kapir macam KAU.

ADMIN, MOD MANA ENGKAU HAAA... AKU DAH PUAS BUAT REPORT PASAL BENDA NIE. KORANG BUAT SENYAP JER. KORANG KAPIR JUGAK KE? KALAU ISLAM TAPI TAKNAK BUAT TINDAKAN BAIK BALUT BADAN KORANG TU DENGAN KAIN KAPAN.

ok.. korang boleh ban aku. aku dah tak kisah dah. naik menyampah aku ngan forum ni dengan admin/mod buat bo do ditambah dengan kapir laknat tu.

Ko ade kad oku mental ke?
 
Kes bunuh peniaga wanita: Polis tahan pekerja pajak gadai

A view of the sea
FOTO hiasan
Kuantan: Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan polis di tempat kerjanya di sebuah kedai pajak gadai pada 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki telah mengunjungi kedai pajak gadai berkenaan dan menggadaikan gelang emas dipercayai milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM30,000.

"Berdasarkan siasatan awal, polis dapati hanya gelang emas milik mangsa sahaja yang digadai. Pekerja pajak gadai itu direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Perintah reman dikeluarkan pagi tadi oleh Mahkamah Majistret Kuantan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Mohd Zahari seterusnya mengesahkan pembunuhan peniaga wanita itu adalah bermotifkan samun.

Semalam polis menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5.30 pagi dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 53 tahun itu direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 16, 2025 @ 1:27pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register