Peniaga rugi RM9,600 diperdayakan lelaki menyamar rakan lama

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
police_1603940517.jpg


KUANTAN: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa yang berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada jam 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.

"Suspek dikatakan memerlukan wang itu dengan segera dan berjanji akan membayar pinjaman itu pada minggu hadapan, sebaik sahaja urusan membuka restoran itu selesai .

"Mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang atas dasar rakan lama dan membuat dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak dua kali pada hari sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa ditipu selepas menghubungi rakan lamanya itu pada 4.15 petang untuk bertanya lebih lanjut mengenai restoran berkenaan, namun dimaklumkan dia tidak pernah meminjam wang itu.

Seterusnya, rakannya itu memaklumkan dompet dan telefon bimbitnya hilang beberapa hari lalu, dan individu yang mengambilnya mungkin telah memperdayakan mangsa.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran dekat sini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.


== bharian
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register