BTC USD 57,808.8 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Rugi RM500,000 Kereta Mewah Dilontar Bom

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
JOHOR BAHRU 10 Nov. - Dua suspek yang tidak dikenali bertindak melontar dua bom petrol ke rumah seorang ahli perniagaan di Permas Jaya di sini awal pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong, 40-an, berkata, kejadian pada 2.30 pagi itu menyebabkan dia kerugian lebih RM500,000 apabila dua kereta mewahnya hampir hangus.

Jelas Wong, ketika kejadian, dia dan ahli keluarga yang lain sedang tidur di rumah berkembar dua tingkat itu.

"Saya tersedar apabila terhidu asap dan terkejut melihat api marak di depan rumah sebelum menghubungi bomba.

"Bagaimanapun, saya tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menyaksikan Nissan X-Trail dan Toyota Harrier hangus di depan mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wong memberitahu, apa yang menghairankan ialah kedua-dua suspek yang dipercayai menaiki motosikal itu berani bertindak sedemikian walaupun rumahnya mempunyai seorang pengawal keselamatan.

Khianat

Pengawal keselamatan terbabit yang berusia awal 20-an bagaimanapun menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Wong enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada dia mengesyaki perbuatan khianat tersebut berpunca daripada dendam ataupun urusan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Polis masih lagi menyiasat punca kejadian namun tidak menolak kemungkinan faktor perselisihan dalam perniagaan," ujarnya.

Amer bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menjumpai botol yang dipercayai bom petrol mahupun sebarang bekas mengandungi petrol di tempat kejadian.

"Kami masih mengesan pengawal keselamatan terbabit untuk siasatan lanjut dan percaya dia berada di lokasi ketika kejadian dan keterangannya perlu diambil," ujarnya.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat.

P/S: Bahaya tul skrg ni! Kena pasang alarm la kat umah!
 
Last edited:
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
ada ler menba yang tak puas hati nie
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Wah rasanya mcm dh kat negara jiran plak... bom sana sini...
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
ke pengawal keselamatan tu yang bakar kereta tu?

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Polis masih lagi menyiasat punca kejadian namun tidak menolak kemungkinan faktor perselisihan dalam perniagaan," ujarnya.

Amer bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menjumpai botol yang dipercayai bom petrol mahupun sebarang bekas mengandungi petrol di tempat kejadian.


isk...isk.. isk... tak baik le aku ni main tuduh2...
 
Last edited:

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ke pengawal keselamatan tu yang bakar kereta tu?




isk...isk.. isk... tak baik le aku ni main tuduh2...

tulah... pak guard tu kot wat.. apasal p lari lak?:-?:-?:-?:-?
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
pakguard lagi takut kena marah ngan boss nati..mana mampu nak bayar 2 keta beb...
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
x-trail ngan harrier? mana cecah 500k maa...
 

khareen

Active Member
Joined
Mar 25, 2008
Messages
1,792
Reaction score
3
Points
25
boss nak klem insuran kot.....
 

Muzri - Team Kamrie

Fun Poster
Joined
Jan 13, 2008
Messages
529
Reaction score
0
Points
10
aii.....macam2 skang...kalo kaye jgn tunjuk kaye.....kes rompak la..kes bunuh la...haiyyaa......
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register