BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Rugi Gerai Bazar Ramadan Rosak Akibat Ribut

combat13

Active+ Member
Messages
4,651
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,651
Reaction score
155
Points
33
847121570b5083e70f777a84bbe3354c67cbf9920094b

be5cfa6d6dd3f94706ee5819cb9346f167cbf97384ac7

20abf3919490f412f77e00ea27c5eede67cbf9507ce9f

87a48e1180246a1c56db3416c1607d0b67cbf92f3a824

Beberapa khemah yang dipasang oleh pihak penganjur bazar Ramadan Stadium, Kota Bharu mengalami kerosakan ekoran kejadian ribut 3 pagi.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Hujan lebat dan angin kencang yang melanda kira-kira 3 pagi tadi mengakibatkan kerosakan kepada lebih 20 daripada 60 khemah di bazar Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sekali gus menyebabkan puluhan peniaga mengalami kerugian.

Cuaca buruk itu menyebabkan beberapa khemah menimpa gerai justeru membinasakan barangan dan peralatan perniagaan.

Tinjauan Bernama mendapati para peniaga sedang membersihkan kawasan berkenaan dan mengambil peralatan yang masih boleh digunakan sementara pihak pengurusan bazar melakukan kerja-kerja pembaikan khemah yang rosak.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan peniaga berharap cuaca baik selepas ini.

Penjual ayam goreng, Mohd Fadzil Hassan, 42, yang baru memulakan perniagaan tahun ini menyifatkan insiden itu sebagai cabaran yang tidak diduga.

“Saya datang pagi ini menjangkakan untuk berniaga seperti biasa tapi saya terkejut apabila mendapati khemah saya runtuh dan peralatan memasak rosak.

“Saya masih belum berjaya dapat semula modal dan ini pula berlaku. Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di bazar Ramadan ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penjual martabak Mohamad Naim Zainal, 38, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas melihat gambar dalam kumpulan WhatsApp.

“Saya bangun, periksa telefon dan melihat gambar khemah runtuh. Saya terkejut melihat gerai saya turut terjejas. Saya segera datang untuk menilai kerosakan,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register